Jika anda dapat berjumpa dengan pemain bola sepak antarabangsa kegemaran adalah umpama mimpi jadi kenyataan kerana bukan mudah untuk mendapat peluang sebegitu dalam hidup.

Itulah yang dapat digambarkan apabila Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) dapat berjumpa bekas pemain Manchester United, David Beckham.

BACA: Sultan Johor: Tutup Premis Haram, Termasuk Tahfiz

Sumber dari Ig David Beckham

Melalui akaun rasmi lagenda pasukan The Red Devils itu, David Beckham sempat berjumpa dan mengucapkan tahniah kepada pasukan Johor Darul Takzim (JDT) atas kemenangan mereka menjuarai Piala liga Super 2017 dan menerima sehelai jersi JDT dari Tunku Ismail.

Baru-baru ini lagenda bola sepak itu berkunjung ke Malaysia untuk program eksklusif AIA Vitality Wellness Festival kerana dia merupakan duta rasmi Global AIA.

Berikutan dakwaan membayar Chelsea mengenai ucapan tahniah kepada pasukan itu di papan LED Stadium Stamford Bridge, Tunku Ismail sudah bersedia meletakkan ayat sinis untuk menangkis kecaman orang ramai terhadapnya.

“Ini kalau tak edit, mesti bayar punya ni..” kata Tunku Ismail di gambar yang dimuatnaik.

Walau apa pun orang kata, tipu la kalau anda tidak rasa bangga apabila lagenda bola sepak kacak itu memuat naik gambar bersama Tunku Ismail di akaun rasmi Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN:
Sultan Johor Pemegang Saham Kedua Terbesar 7 Eleven
“Kalau Anak Jantan, Lawan Dengan Pasukan Johor”
Inilah Makanan Tradisional Johor Yang Tak Ramai Tahu

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Apa Yang Kami Sempat Makan Di Johor Bahru?