Bagi anda yang sedang mengamalkan diet pasti anda mempunyai cara tersendiri dari segi pemakanan, bersenam, atau gaya hidup sihat yang lain.

Dari segi pemakanan sudah pasti anda akan memilih dari jenis makanan yang seimbang dan kaya dengan nutrisi. Tetapi, apa akan terjadi jika diet pemakanan anda hanya buah-buahan tanpa anda menyentuh sebarang makanan lain untuk tempoh 3 tahun?

Pasangan ini hanya makan buah selama 3 tahun

Pasangan ini yang bertemu selepas berpindah ke Bali telah mendedahkan bagaimana mereka hanya makan buah selama lebih daripada tiga tahun  dan mengatakan mereka ‘merasa khayal’ daripada diet semula jadi mereka.

Memetik artikal yang dikeluarkan dari portal berita Daily Mail, Tina Stoklosa, 39, dari Warsaw, Poland, menjelaskan bagaimana dia mula-mula menemui diet buah-buahan ketika dia sedang bercuti bagi mencari  ketenangan sebelum Krismas lima tahun lalu.

Menurut Tina, dia mendapati bahawa dengan memakan buah akan menghasilkan lebih banyak tenaga, merasa  lebih bahagia dan kelihatan lebih muda.

Dua tahun kemudian, Tina yang merupakan arkitek reka bentuk dalaman memutuskan untuk berpindah ke Bali dan komited sepenuhnya kepada gaya hidup memakan buah tanpa gangguan dari dunia Barat.

Semasa di Bali, dia bertemu dengan tunangannya Simon Beun 26 dari Izegem Belgium yang mempunyai minat yang sama.

Mereka hanya makan buah dan minum air kelapa

Menurut Simon pula, beliau sebelum ini merupakan seorang vegiterian, dan kini berubah kepada peminat buah-buahan tegar.

Simon mula berubah kepada diet buah-buahan ketika melihat satu dokumentari yang memaparkan kisah atlit yang mengamalkan diet buah-buahan. Dan sejak itu Simon mencubanya sendiri.

Pasangan ini kini hanya makan buah-buahan manis, memakan antara 2,000 hingga 4,000 kalori sehari -sambil menghilangkan rasa dahaga dengan air kelapa segar.

Mereka juga mengatakan bahawa makan buah-buhan menjadikan gigi mereka sentiasa bersih kerana serat dari buah itu telah membersihkannya, dan turut memberi manfaat lain termasuk mengubati kemurungan dan penyakit kronik.

Mereka mula berkenalan melalui laman instagram dan Tina tertarik dengan gaya hidup yang diamalkan Simon kerana mereka juga mempunyai minat yang sama sebelum kedua-duanya mengambil keputusan untuk tinggal di Bali.

Makan buah boleh kurus

Tina menjelaskan bagaimana diet buahnya telah membantu mengekalkan berat badannya, selepas bergelut dengan makanan.

“Saya mempunyai berat badan yang paling banyak pada kehidupan dewasa saya. Terlibat dalam kitaran makan dan diet yang hanya menambahkan berat badan setiap tahun”. katanya

Tina berkata dia dengan cepat merasakan kesan positif sejak mengamalkan diet buah-buahan, walaupun selepas beberapa hari sahaja.

Walau bagaimanapun, Tina mengatakan bahawa dietnya telah membantu menangani masalah berat yang dia hadapi sepanjang hidupnya.

Menurut mereka faedah pemakanan buah tidak terhad, dan mereka juga mendakwa bahawa ia boleh menyembuhkan kanser, kemurungan dan penyakit kronik.

“Rasa lebih dihubungkan dengan alam semula jadi, kepada diri sendiri dan orang lain. Merasa seperti anda semakin muda setiap hari” kata Tina.

Buah-buahan tropika adalah buah yang terbaik

Menurut Tina buah-buahan tropika adalah pilihan yang terbaik bagi mereka yang ingin mencuba diet buah-buahan kerana khasiat yang tinggi serta lebih enak.

Memberi nasihatnya kepada orang lain yang ingin mencuba gaya hidup, Tina berkata:

“Anda tidak boleh melakukan diet ini pada epal jika anda tidak suka epal, anda tidak boleh melakukannya dengan purata buah-buahan yang berkualiti sama ada anda tidak akan mendapat cukup kalori atau nutrien untuk merasa puas”

Tina dan Simon berkongsi pengembaraan buah mereka di Asia Tenggara di saluran YouTube mereka, Fit Shortie Eats, mereka memburu buah-buahan yang paling eksotik untuk dicuba.

Artikal Berkaitan
Ibu Anak 3 Ini Kongsi Jadual Diet & Rahsia Kulit Cantik
Dulu Berat 125 Kg, Lelaki Ini Dedah Tip Diet Berkesan

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Nasi Kukus King Di Setapak Ditemui! (Beratur Panjang) 😱😱

Sumber: DailyMail