Sejak malam semalam sudah viral kisah tentang sekumpulan remaja Malaysia yang berkelakuan tidak sopan di Jepun dan video yang menunjukkan salah seorang daripada mereka cuba menyerang pekerja di Vitti Lodge & Family Apartment yang juga berasal dari Jitra, Kedah.

BACA: Perangai Samseng, Tinggal Tahi Dalam Tempat Mandi

Daripada video rakaman CCTV itu jelas menunjukkan lelaki berbaju biru yang bernama Muhd Abdul Qaiyum dengan sabar menerangkan berkenaan status penginapan kumpulan remaja tersebut.

Walaupun remaja berbaju hitam itu bersuara dengan nada yang tinggi dan marah, Abdul Qaiyum tetap bersabar dan cuba bersikap tenang sepanjang video berdurasi 5 minit itu.

Kemuncak video ini apabila Abdul Qaiyum cuba diserang dengan sentuhan fizikal dengan ditolak ke dinding dan remaja berbaju hitam itu cuba menekan kepala Abdul Qaiyum.

Gambar: Facebook Abdul Qaiyum

Jika anda lihat daripada video itu memang kelihatan Abdul Qaiyum yang juga merupakan pelajar universiti di sana sedaya upaya cuba menahan marah sehingga badannya nampak sedikit bergeletar.

Abdul Qaiyum juga cuba mendengar penjelasan remaja berbaju hitam itu yang menerangkan tentang situasinya tanpa sedikit emosi walaupun dia digertak sedemikian.

Bahkan lebih membuatkan kami terpegun apabila mengetahui Abdul Qaiyum mendahulukan wangnya sendiri untuk membaiki dinding dapur yang telah ditumbuk oleh seorang lagi kumpulan remaja tersebut dan jumlah yang ditanggung bukannya sedikit kerana berjumlah 130,000 yen (RM5,000).

Daripada info di profile Facebooknya, Abdul Qaiyum adalah seorang pelajar yang cemerlang dalam pelajaran bahasa Jepun apabila dalam masa tiga bulan sahaja dia dapat menguasai bahasa Jepun sehingga tahap tertinggi.

Selain itu dia juga merupakan seorang pelajar tahfiz di sekolah tahfiz Mutamainnah, Kedah jadi tidak hairanlah mengapa Abdul Qaiyum masih bersikap tenang walaupun didesak sedemikian. Mungkin juga dia sudah terbiasa dengan budaya masyarakat Jepun yang tinggi budi bahasanya.

VIDEO: Selamba Makan Cili, Rangup Pulak Tu! 😱

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram