Baru-baru ini, tular di media sosial video menunjukkan pekerja sebuah syarikat penerbangan popular mencampak bagasi penumpang. Pemilik syarikat penerbangan itu telah pun membuat permohonan maaf di atas insiden tersebut.

BACA: Pakai Baju 10 Lapis Elak Bayar Bagasi

Berikutan itu, seorang pekerja syarikat penerbangan tersebut kongsikan foto memeluk dan mencium bagasi penumpang sebagai tanda permohonan maaf. Turut disertakan kepsyen kelakar, mereka akan memegang beg tersebut dengan penuh kasih sayang.

Kami kongsikan foto lucu #kissthebag sebagai tanda memohon maaf kepada semua pelanggan syarikat penerbangan tersebut.

Lain macam dia punya cium

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat pekerja syarikat penerbangan tersebut dan tidak melepaskan peluang untuk meninggalkan komen.

Sampai kotak pun kena cium

Dapat cium beg gadis cantik

Ini antara komen lucu oleh pelanggan syarikat penerbangan tersebut. Rupanya bagasi ini milik gadis cantik. Sporting habis gadis ini, siap ambil gambar bagasi miliknya.

Cium beg LGBT, jangan jadi sotong pula

Tak pasti pekerja ni yang kelakar ke atau netizen yang  lebih kelakar. Boleh pula dia orang fikir bagasi itu LGBT. Mungkin disebabkan tali berwarna warni yang diikat pada beg itu?

Kalau dah kena cium nak kena samak ke?

Ini paling kelakar, kalau bagasi itu milik lelaki dan dicium oleh pekerja lelaki, nak kena samak ke? Apa-apa pun respek dengan pekerja syarikat penerbangan ini yang berani tampil memohon maaf.

ARTIKEL BERKAITAN:
Keretapi Paling Curam Telah Beroperasi
Mengajar Kelas Al-Quran Dalam Jet Mewah

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Tak Payah Beratur Pun Beli Kuih Keria Kat Melaka