Negara kita baru mengambil langkah dalam mengurangkan penggunaan bahan yang sukar untuk dikitar semula seperti bekas polisterin dan plastik.

Namun, sebuah pasar raya di United Kingdom (UK) iaitu Iceland telah maju satu langkah ke depan dengan menggantikan bungkusan plastik dari semua produk labelnya sendiri kepada bahan alternatif lain seperti kertas.

BACA: Ini Maksud Rekaan Bekas Makanan Kitar Semula

Sumber dari sarawakiana.net

Menurut sumber, langkah itu dibuat supaya pesaing mereka membuat tindakan yang sama untuk menangani masalah pencemaran plastik serta akur dengan tuntutan masyarakat.

Sumber dari jerseyeveningpost.com

Pasar raya Iceland mempunyai lebih 900 cawangan itu merancang selama lima tahun tidak menggunakan bekas plastik terhadap semua produk jenamanya sendiri.

Sumber dari thesun.co.uk

Sebanyak 1,400 jenis produk akan digantikan dan akan melibatkan lebih 250 pembekal. Malah, beg plastik untuk sayur-sayuran dan makanan lain juga turut digantikan dengan bungkusan yang diperbuat daripada kertas.

Mungkin negara kita boleh menjadikan pasar raya ini sebagai contoh untuk menukar bekas plastik kepada bahan alternatif lain yang lebih mesra alam.

ARTIKEL BERKAITAN:
Ini Kebaikan Letak Duit Syiling Dalam Peti Ais
Teka Jumlah Bekas Kuih Raya Tarik 20, 000 Penyertaan

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Ini Lokasi Makan Tengahari RM3 Di Bangsar