Kerja di pandu lalu McD sememangnya sangat sibuk bila waktu puncak dan kena peka dengan semua pesanan pelanggan.

Ianya bukan kerja yang mudah dan apa salahnya sekali sekala kita membuat lawak jenaka untuk menghiburkan mereka semasa bekerja.

BACA: Bila Abang Drive-Thru McD Layan Nyanyi Sekali

Pengguna laman sosial Twitter, @PaksSemat atau dikenali sebagai Faris memuatnaik video ketika dia berpantun dengan seorang pekerja pandu lalu McD menjadi tular di laman sosial.

Pada mulanya, dia tak menyangka gadis tersebut akan membalas pantun dua kerat diberikannya tadi.

Kemudian, gadis itu membalas pantunnya ketika memulangkan duit baki dan resit kepadanya. Dia menjawab dengan sopan bahawa dia sudah pun bertunang.

Tweet tersebut mendapat 32 ribu Retweet dan 14 ribu Likes di laman sosial Twitter. Bersabarlah bang, bunga bukan sekuntum. Boleh cuba pantun dekat orang lain pula lepas ni.

ARTIKEL BERKAITAN:
Kerana Sos, McD USA Diserbu Teruk
7 Menu McD Yang Tiada Di Malaysia

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Dia Punya B****r Bakar Memang Montok Dan Gebu