Ini Penjelasan Mengenai Asal Usul Pasta
Pasta atau yang paling terkenal sebagai spageti, telah berjaya menyusup ke dalam budaya moden kita, budaya pop masakan, dan telah menjadi sangat terkenal dalam aspek kulinari masakan.
Jika tidak kerana resepi asas yang memberi peluang kepada kita untuk mengubah penampilan akhir seperti yang kita mahu, tetapi juga kerana pasta telah memberi kita peluang untuk benar-benar bereksperimen dengan ramuan, ‘topping’, rempah-rempah dan tampalan bentuk dan saiz yang tak terhitung banyaknya.
Namun sejarah pasta sangat berliku, dari asal usulnya dan juga kasta para pemakannya. Asal usul pasta sudah sekian lama dibahaskan, Pasta juga tidak lari dari mitos dan kisah rakyat.
Kami cuba merungkai susur galur pasta, dan ini sedikit penjelasan mengenai asal usul pasta.
Sejarah pasta yang penuh liku
Sejarah kulineri dunia kita berubah dengan perkembangan spageti yang terkenal di luar sempadan Itali beberapa abad yang lalu. Sekarang, hidangan ini merupakan salah satu makanan yang paling popular di dunia.
Dengan beberapa peringkat abad sejarah, spageti berjaya berkembang menjadi bentuk dan resepi yang tak terhitung jumlahnya dan telah dinikmati setiap hari di seluruh dunia.
Sejarah makanan pasta mempunyai asal-usul yang mendalam di negara-negara Mediterranean timur seperti Greece dan beberapa wilayah di Timur Tengah dan Semenanjung Arab.
Akar etnik pasta telah lama dibahaskan. Banyak teori telah dikemukakan, terutamanya yang agak jauh. Dan beberapa mitos yang masih kekal hingga sekarang.
Berdasarkan catatan dari penjelajah terkenal abad ke-13 Marco Polo, pasta itu berasal dari China dan kemudiannya dibawa ke Itali.
Dalam catatanya, Marco Polo menyebut pasta asalnya dari sejenis pokok bersagu yang menghasilkan makanan berkanji yang menyerupai pasta.
Namun Marco Polo bukanlah orang yang menemui pasta. Ini kerana satu abad sebelum penjelajahan Marco Polo, Seorang ahli geografi Islam al-Idrisi menulis pernah melihat pasta dihasilkan di Sicily.
Itali juga merasakan mereka berhak diketahui sebagai pencipta pasta, ramai penulis-penulis Itali beranggapan demikian dengan penemuan sebuah makam yang turut ditemui peralatan membuat pasta sejak zaman pra-Romawi.
Sejarah penciptaan pasta tidak terhenti disitu. Satu teori yang sangat tua dan terkenal masih diguna pakai hingga sekarang perlu juga dirujuk. Ia berlaku 500 tahun sebelum penjelajahan Marco Polo yang mengatakan pasta berasal dari China.
Pasta dikatakan berasal dari resepi masyarakat arab yang disebut “itriyya”. Dibawa oleh pedagang Arab nomad yang mengembara menjelajah dunia hingga penaklukan Arab di Sicily.
Selepas pasukan Arab berundur ke Sicily, resipi pasta terus kekal, membolehkan kelas bawah Sisilia untuk bereksperimen dengan resipi dan perlahan-lahan mempromosikannya ke kelas yang lebih tinggi.
Populariti pasta mula disensasikan
Kembali ke negara asal yang mempopularkan pasta, Itali telah mensensasikan pasta dengan pelbagai cara, menerusi syair, penulisan hinggalah dalam aspek seni. Pasta diserap sebagai sebahagian budaya masyarakat Italiy.
Populariti Pasta disebut oleh penulis abad ke-14 Boccaccio. Dalam koleksi cerita rakyatnya, ‘The Decameron’.
Pasta mula berkembang sejak awal dan pertengahan abad ke-20 dengan penghijrahan pendatang Itali dan Sicily ke Amerika Syarikat. Mereka segera mempromosikan makanan tradisional dari tanah air mereka.
Populariti pasta di Amerika turut dibantu selepas Perang Dunia ke-2 apabila tentera AS pulang ke rumah dengan membawa kisah-kisah makanan Eropah yang menarik.
Kasta pemakan pasta
Pada abad ke-16, pasta dianggap sebagai hidangan untuk orang kaya, adalah menjadi satu kebanggaan jika memakan hidangan pasta oleh bangsawan bangsawan ketika era Renaissance.
Ketika era ini, banyak chef terkenal mula muncul dengan eksperimentasi hidangan pasta mereka. Maka terciptalah resepi Scappi untuk maccheroni alla romanesca yang sangat merumitkan lagi mewah.
Namun budaya makan pasta mula berubah sekitar akhir abad ke-17, pasta mula menjadi makanan rakyat miskin ketika era kemorosotan Naples.
Era kemorosotan Naples terjadi akibat penurunan taraf hidup rakyat hingga mereka tidak mampu lagi untuk membeli daging.
Maka, pasta mula menjadi hidangan seharian oleh rakyat biasa yang kemudiannya diserap sebagai resepi rakyat dan terkenal hingga sekarang oleh penduduk dunia. Terima Kasih pada penciptaan epik resepi pasta.
Artikal Berkaitan
Makan Pasta Terbukti Boleh Kuruskan Badan
Pizza Cempedak & Durian Pulak Sekarang, Kini Di Penang!
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Menangis Makan Spaghetti Masak Lemak Cili Padi Berapi 🔥🔥🔥
Sumber: Historiofspaghetti, NatinoalGeographic