Ini Penyokong Indonesia Dapat Bila Menyamar Jadi Penyokong Malaysia
Di sebalik topik hangat mengenai isu pembelian tiket final bola sepak Sukan SEA 2017 hari ini, muncul sebuah kisah yang memberi kesan di hati rakyat Malaysia dan Indonesia di mana seorang penyokong Indonesia menceritakan pengalamannya menyamar menjadi penyokong Malaysia pada perlawanan bola antara kedua-dua negara itu pada sabtu lepas.
BACA: Indonesia Tegur Bendera Mereka Silap Cetak
Penyokong Indonesia dikenali sebagai Andri Suwarno memuatnaik status beserta gambar yang diambil pada malam perlawanan bola semi final Sukan Sea 2017 semasa dia menyamar menjadi penyokong Harimau Malaya.
Menceritakan pengalamannya sepanjang menjadi ‘penyokong’ Malaysia, Andri mendapati ‘rahsia’ kemenangan negara kita adalah melalui doa penyokong ketika solat Maghrib di stadium sebelum perlawanan bermula.
Pasukan Harimau Malaya memenangi perlawanan menentang Indonesia pada sabtu lalu di Stadium Shah Alam dengan menang tipis iaitu 1-0.
Malah, dia juga memuji sikap penyokong Malaysia yang begitu tenang dan tidak menimbulkan isu perkauman antara kedua-dua buah negara.
Di samping itu, dia turut kagum apabila semua penyokong Malaysia menghormati lagu kebangsaan negara mereka dengan berdiri tegak apabila ia berkumandang sehingga lagu tamat.
Selain itu, Andri menerangkan tiada sebarang kekecohan atau pergaduhan sepanjang perlawanan dan mengatakan video tular yang dikatakan berlaku kekecohan di stadium adalah tidak benar dan diedit.
Semoga akan ada lebih ramai lagi berfikiran seperti Andri dan dapat menjernihkan kembali hubungan baik antara Indonesia dengan Indonesia.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Sedut Lamb Shank Sampai Puas Hati!
- SUMBER
- FB ANDRI SUWARNO