Tahukah anda buah oren ialah hibrid asal tanaman purba , kemungkinan antara limau bali (Citrus maxima) dan limau mandarin (Citrus reticulata).

Buah oren begitu sinonim dengan vitamin C jadi tidak hairanlah bagi penggemar buah oren pasti memiliki kulit yang cantik dan sihat.

Namun terdapat banyak kelebihan pada sebiji oren. Dan ini sebab oren baik untuk badan anda.

Oren membekalkan pelbagai nutrien makanan semula jadi

Hanya sebiji oren sudah mampu membekalkan pelbagai nutrien makanan semula jadi, selain penting untuk membekalkan serat dan meningkatkan kesihatan usus, berbanding pil vitamin C yang hanya mempunyai satu nutrien semata-mata

Memetik rencana yang dikeluarkan akhbar Berita Harian, Pengerusi Program Pemakanan dan Dietetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) Kelantan, Prof Madya Dr Hamid Jan Jan Mohamed, berkata buah oren dijadikan pilihan diet berdasarkan saranan Panduan Pemakanan Malaysia oleh Kementerian Kesihatan sekurang-kurangnya dua hidangan sehari.

Selain vitamin C dan mineral sama seperti buah-buahan lain, kandungan oren ‘phytonutrients’ seperti flavonoid iaitu bahan kimia semula jadi daripada tumbuhan mempunyai fungsi tertentu untuk penjagaan kesihatan.

Pengambilannya dalam diet harian memberi nilai ditambah kepada individu yang mengambilnya sebagai diet harian.

Sebiji oren bersaiz sederhana (130g) mempunyai kalori yang sedikit (60 kalori) tetapi mampu membekalkan jumlah vitamin C kira-kira 70 mg (USDA Online Food Database).

“Apa yang menariknya, jumlah ini bersamaan saranan pengambilan Vitamin C (Recommended Nutrient Intakes for Malaysia, 2017) sehari untuk individu dewasa”. Katanya

Oleh itu, pengambilan sebiji oren membekalkan keperluan vitamin C sehari untuk seorang dewasa.

Serat mudahkan pencernaan

Dr Hamid Jan berkata, vitamin C adalah nutrien penting berfungsi meningkatkan sel terutamanya di mukosa seterusnya melawan jangkitan kuman.

Vitamin C juga sejenis antioksidan berkesan mengurangkan kerosakan sel tubuh akibat kimia bahaya di persekitaran dan diet tidak sihat.

“Oren tidak boleh disamakan dengan jus oren komersial kerana katanya, kedua-dua pilihan itu mempunyai kandungan zat berbeza. Jus yang dijual secara komersial mengandungi gula yang tinggi.

Anda boleh menghasilkan jus oren hasil perahan sendiri yang boleh diminum terus tanpa tambahan gula. Namun, kandungan serat lebih rendah apabila buah oren dijadikan jus kerana ditapis dan diasingkan daripada jus.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sambal Ikan Bakar Kat Sini Memang Meriah! 😱😱

Sumber: BeritaHarian