Ramai penyokong Malaysia sanggup datang ke stadium untuk menyokong pasukan bola sepak sehingga mereka berjaya memenangi banyak perlawanan setakat ini dan hampir ke separuh akhir dalam Sukan SEA yang sedang berlangsung di negara kita.

Namun, apa yang sedihnya ialah apabila segelintir penyokong Malaysia bertindak keterlaluan dengan memukul dua orang penyokong Myanmar seterusnya mencetuskan kemarahan orang ramai.

BACA: Ini Nilai Murni Penonton Bola Malaysia Perlu Amalkan

Sumber dari facebook.com

Pada mulanya, ramai yang berbangga kerana rakyat negara kita sanggup turun padang demi menyokong pasukan negara sehingga penuh stadium.

Tetapi, sikap negatif yang ditunjukkan beberapa penyokong Malaysia sehingga sanggup mencederakan penyokong negara Myanmar agak melampau dan memburukkan nama negara.

Sumber dari facebook.com

Dikhabarkan kedua-dua penyokong Myanmar dibelasah oleh sekumpulan penyokong Malaysia hingga salah seorang dari mereka cedera teruk dan dibawa ke hospital oleh penyokong Malaysia yang lain.

Seorang pengguna laman sosial Facebook, Shah Rafi, berkongsi status mengenai isu ini yang berlaku di hadapan matanya sendiri di laman sosial tersebut.

Dia turut dikhabarkan bahawa kumpulan menyerang penyokong Myanmar itu berkemungkinan ingin merompak mereka. Dikatakan seramai 30 orang mengejar mereka yang hanya seramai empat orang termasuk seorang wanita.

“Menurut kawan aku, salah seorang yang dibelasah teruk tu datang dengan seorang perempuan (mungkin isteri), depan mata dia isteri meraung-raung minta bantuan,” katanya.

Tambahnya lagi, perangai negatif ditunjukkan oleh penyokong Malaysia dikatakan mahu mengikut perangai penyokong bola sepak di Eropah yang rata-ratanya kasar dan agresif.

“Orang Eropah tengok bola tak pula terkinja-kinja nak masuk padang lepas perlawanan, kau tak nak ikut pula? Jangan cakap hal sampah lagi, kulit kuaci kau tu,” soalnya.

Selain itu, Shah turut menerangkan mengenai implikasi yang terjadi selepas insiden ini berlaku. Keselamatan penyokong Malaysia mungkin tidak selamat jika ada perlawanan di negara luar.

“Kalau tak cerita hal menyokong bola, rakyat Malaysia yang bercuti di Myanmar juga akan menerima kesan dan akibat segelintir penyokong kita yang otaknya letak di tapak kaki,” ujarnya.

Diharap insiden yang berlaku ini menjadi pengajaran kepada semua pihak agar menjaga adab dengan penyokong luar supaya tidak memalukan nama negara dengan tindakan agresif sebegitu.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Kena Baling Dengan Keropok?