Sedar atau tidak, mungkin anda pernah terserempak atau perasan dengan kehadiran restoran ini ketika anda sedang jalan-jalan di pasaraya.

Mungkin jugak sebenarnya anda adalah salah seorang penggemar setia makanan di sini. Restoran Ayam Penyet Express memang sangat terkenal dengan hidangan mereka, tambah pulak rata-rata menu mereka memang kena dengan selera kita.

Eh, kami kongsi sedikitlah beberapa perkara yang menyebabkan restoran ini sentiasa menjadi pilihan orang ramai (terutamanya keluarga) untuk makan.

1. Dekat Dengan Selera Kita

Kebanyakan di antara kita, bila jalan-jalan di mall, kalau lapar saja mesti nak cari makanan utama iaitu nasi. Betul tak? Kehadiran Ayam Penyet Express memang membantu untuk menyelesaikan masalah kelaparan tersebut.

Setiap set nasi pula dihidangkan sekali dengan ulam-ulaman dan pilihan makanan kita. Memang kena sangat dengan selera. Rasa tak cukup nasi, boleh tambah lagi.

2. Rempah & Bahan Segar

Cuba bayangkan ya, ketika kita tengah lapar makanan pun sampai. Lalu je hidangan depan muka, boleh bau aroma ayam penyet yang baru digoreng. Fuh, memang makin berbunyi perut.

Malah Ayam Penyet Express sendiri mengakui bahawa mereka hanya gunakan rempah dan juga bahan terbaik untuk pelanggan. Bila pelanggan puas hati, secara automatik pelanggan akan share perkara menggembirakan ini dengan lebih ramai orang’kan?

3. Sambal Kunci Utama

Cerita bab sambal ni, kita boleh tengok sendiri masa makan di Ayam Penyet Express, mesti ada seorang dua yang makan sambal macam tak ingat dunia. Lagi hebat, ada yang mengadu sambalnya pedas tapi tak berhenti-henti tambah sambal.

Keistimewaan sambal di sini memang tidak dapat dinafikan lagi dan paling menarik sebab nak tambah sambal percuma je tapi jangan membazir pulak ya.

4. Pilihan Menu Yang Sesuai Untuk Keluarga

Ini paling kita perasan bila sampai sini, mesti ramai datangnya dari keluarga’kan? Dari kanak-kanak sampailah ke orang dewasa. Tak susah bawak anak-anak di sini sebab ada pelbagai pilihan makanan dan minuman yang ada.

5. Servis Pantas

Keutamaan yang perlu dititikberatkan bagi mereka yang mengusahakan restoran makanan ialah servis dan bagi kami, servis di Ayam Penyet Express sudah cukup pantas.

Faktor-faktor sebegini turut menjadi daya penarik orang ramai untuk menjamu selera di sini. Malah perkara ini dibuktikan sendiri dengan kejayaan mereka membuka 6 cawangan hasil atas penerimaan masyarakat kita dengan menu yang berasal dari Indonesia ini.

Yang kami pergi ni terletak di Sunway Putra Mall (alamat di bawah), selesa dan servis pun mantap. Recommended makan sini.

Ayam Penyet Express
Sunway Putra Mall Outlet

No.90-100, Jalan Putra, Chow Kit
Kuala Lumpur

Dibuka Setiap Hari
10 Pagi hingga 10 Malam

Jadi kalau anda tak tahu nak buka puasa hari ni, cepat-cepat buat tempahan di mana-mana outlet mereka. Tak tau juga nak makan apa? Jom tengok video pendek kami sediakan ini.