Walaupun beliau kini memegang jawatan penting dalam negara sebagai Menteri Pertahanan Malaysia, YB Mohamad Bin Sabu masih lagi ‘Mat Sabu’ yang sama seorang yang suka menjala ikan dan akan memasak ikan di tangkap.

Siapa sangka, Mat Sabur merupakan bekas pelajar UiTM dalam jurusan kulinari. Jika anda mengikuti Facebook rasmi Mat Sabur, ada saja aktiviti memasak yang beliau kongsikan.

BACA: Mat Sabu Dipuji Duduk Rumah Teres, Pakai Viva

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang wanita mendapat resepi gulai ikan iaitu antara menu paling sedap dari Mat Sabu. Yang menariknya, resepi yang dikongsikan oleh Zalina Yahya itu diperoleh dari kenalan rapatnya dan ditulis sendiri oleh Mat Sabu.

Bahan-bahan:

  • Ikan kerapu / jenahak / gerut / merah / siakap, siang dan dibasuh bersih
  • 2 paket rempah kari ikan Baba’s pedas (tak perlu pedas pun tidak mengapa), dibancuh air
  • 5 ulas bawang bawah putih dihiris
  • 6 ulas bawang merah dihiris atau ditumbuk
  • 2 bawang besar dipotong nipis
  • Air asam jawa
  • Terung / bendi / tomato sebagai hiasan

Bahan tumis:

  • Jintan putih
  • Halba
  • Biji sawi
  • Daun Kari
  • Hirisan bawang putih dan bawang merah

Cara memasak:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan sehingga wangi.

2. Masukkan serbuk kari ikan Baba’s yang dibancuh. Tumis sehingga pecah minyak.

3. Masukkan hirisan 2 biji bawang besar dan bahan hiasan. Masak sehingga lembut. Kemudian, masukkan air asam jawa.

4. Masukkan ikan, masak sehingga kuah mengelegak. Tambah perasa garam dan perasa ikan bilis Knorr.

Mudah sangat resepi dari Menteri Pertahanan kita ini. Buat mereka yang baru nak belajar memasak atau yang bujang boleh cuba resepi ini. Memang sangat mudah dan ringkas.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Makan Kambing Golek & Beratus Hidangan Berbuka?