Patung mainan Barbie sangat popular dalam kalangan wanita terutama kanak-kanak malah ada yang menyimpan koleksi anak patung tersebut hingga mereka dewasa kerana terlalu sayangkannya.

Baru-baru ini, syarikat permainan Mattel mencipta satu patung Barbie berhijab yang mengikut ciri-ciri seorang atlet wanita dari Amerika Syarikat.

BACA: Suami Buat Kerja Rumah Pun Kena Cerai

Sumber dari emirateswoman.com

Atlet lawan pedang Amerika Syarikat, Ibtihaj Muhammad terharu apabila syarikat berkenaan ingin membuat anak patung mainan menyerupai dirinya, lapor New Yorker.

Sebelum ini, dia telah berjaya memenangi pingat gangsa bagi lawan pedang berpasukan semasa temasya Sukan Olimpik Rio pada tahun lepas.

Sumber dari emirateswoman.com

Selain itu, Ibtihaj membuat beberapa permintaan kepada syarikat itu seperti kaki besar dan kuat, dipakaikan celak, tudung dan pakaian patung diperbuat daripada kain tebal.

Bahkan, patung Barbie versi Ibtihaj akan dikenakan topeng atlet lawan pedang yang boleh dibuka, menampakkan tudung di dalamnya.

Pengurus Am Mattel, Lisa McKnight berkata dia mencari individu yang memberi inspirasi seperti Ibtihaj pada masa akan datang nanti.

“Individu seperti Ibtihaj yang melampaui sempadan dan memberi inspirasi, dan pernah bermain dengan Barbie semasa kecil,” tambahnya.

Nampaknya Ibtihaj semakin dikenali kerana kejayaannya dan semoga ia memberi motivasi kepada orang ramai untuk berjaya satu hari nanti.

ARTIKEL BERKAITAN:
Umur Baru 10 Bulan, Berat Cecah 28KG
19 Pelajar UPNM Tak Mengaku Bunuh

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Berbaloi Ke • EP1: Burger RM4.50 Vs Burger RM138