Ini Sebab Anda Perlu Balik Kerja Tepat Pada Masanya!
Siapa yang suka duduk dekat pejabat lama-lama? Mungkin ada diantara anda yang bekerja hingga selepas habis waktu kerja dek kerana banyak buang masa sepanjang 8 jam waktu kerja.
Mana tidaknya, pukul 10 pagi keluar merokok, lepas makan tengah hari sibuk jadi makcik bawang. Pukul 3 petang keluar merokok lagi. Agak-agak bila nak siap kerja?
BACA: Kaum India, Wanita Bertudung Ditindas, Susah Dapat Kerja
Tapi ada juga di antara rakan pejabat anda yang gila kerja sampaikan dan tiba waktu balik pun masih sibuk lagi dengan karja. Sudah-sudahla tu dengan kerja. Anda perlu tahu 7 sebab kenapa anda perlu balik tepat pada masanya!
1. Kerja yang anda buat tu memang tak akan pernah habis
Kerja adalah satu proses yang tiada penghujungnya. Anda tidak akan sesekali berjaya menyiapkan kerja anda!
2. Keluarga lebih penting daripada kerja anda!
3. Kalau anda susah bukan BOS yang bantu anda
Jika anda ada masalah, orang yang sudi menghulurkan bantuan tentu sekali keluarga dan rakan. Bukannya bos anda!