Siapa yang suka duduk dekat pejabat lama-lama? Mungkin ada diantara anda yang bekerja hingga selepas habis waktu kerja dek kerana banyak buang masa sepanjang 8 jam waktu kerja.

Mana tidaknya, pukul 10 pagi keluar merokok, lepas makan tengah hari sibuk jadi makcik bawang. Pukul 3 petang keluar merokok lagi. Agak-agak bila nak siap kerja?

BACA: Kaum India, Wanita Bertudung Ditindas, Susah Dapat Kerja

Tapi ada juga di antara rakan pejabat anda yang gila kerja sampaikan dan tiba waktu balik pun masih sibuk lagi dengan karja. Sudah-sudahla tu dengan kerja. Anda perlu tahu 7 sebab kenapa anda perlu balik tepat pada masanya!

1. Kerja yang anda buat tu memang tak akan pernah habis

Kerja adalah satu proses yang tiada penghujungnya. Anda tidak akan sesekali berjaya menyiapkan kerja anda!

2. Keluarga lebih penting daripada kerja anda!

3. Kalau anda susah bukan BOS yang bantu anda

Jika anda ada masalah, orang yang sudi menghulurkan bantuan tentu sekali keluarga dan rakan. Bukannya bos anda!

4. Anda hidup bukan untuk bekerja tapi kerja untuk hidup 

5. Kalau anda jenis yang suka duduk pejabat, maknanya anda ni FOREVER ALONE!

6. Anda adalah seorang manusia, bukannya mesin

7. Pesanan terakhir, jika bos anda minta kerja lebih masa berikan artikel ini kepadanya!