Bukit Broga yang sememangnya terkenal dengan aktiviti pendakian bakal sedang ditutup bagi tujuan baikpulih kawasan rekreasi terkenal itu sejak beberapa hari lepas.

Segala aktiviti berkaitan kawasan itu dihentikan untuk memberi laluan pembaikan kawasan serta menjadikan ia lebih selamat dilawati selepas siap diselenggara sepenuhnya.

BACA: Daki Gunung Sambil Pakai Kasut Tumit Tinggi?

Sumber dari sinarharian.com.my

Exco Pelancongan Alam Sekitar, Teknologi dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong menyatakan bahawa kerajaan negeri mengambil keputusan untuk menutup bukit Broga pada sementara waktu menerusi mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES).

“Kerja baik pulih ini melibatkan pembinaan longkang bagi pengairan air hujan supaya tidak menjejaskan cerun, lereng bukit pula akan ditanam dengan rumput,” katanya.

Sumber dari utusan.com.my

“Langkah penutupan ini dilihat perlu bagi memastikan keselamatan pengunjung yang mendaki dan berekreasi di sini serta mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku,” ujarnya.

Jelasnya, tempoh penutupan itu bergantung kepada tempoh persiapan kerja yang dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR). Bahkan, Kerajaan Negeri Selangor sedang mempertimbangkan untuk menaik taraf rizab jalan menuju bukit Broga.

Sumber dari amenoworld.org

“Kerja pengindahan landskap juga akan dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Peruntukan untuk membaik pulih kawasan ini pula dianggarkan RM1 juta,” sambungnya lagi.

“MTES juga bersetuju supaya Bukit Broga ini diwartakan sebagai kawasan rekreasi mengikut Seksyen 62 Kanun Tanah Negara dan ia akan diselenggarakan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj),” ujarnya sebelum mengakhiri perbualan.

Diharap bukit Broga akan lebih terpelihara selepas proses membaik pulih kawasan tumpuan ramai selesai kerana ia merupakan lokasi tumpuan orang ramai untuk melakukan aktiviti sihat seperti mendaki bukit.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Makan Tom Yam Sampai Tersedak?