Ini Sebab Giant Bangi Berhenti Jual Arak
Salah satu pasaraya terbesar Malaysia, Giant membuat keputusan yang mengejutkan iaitu dengan memberhentikan penjualan arak di cawangan Bangi atas sebab-sebab yang tertentu. Giant Bangi telah menghentikan jualan arak sejak 9 September lalu, lapor Nanyang Siang Pau.
BACA: Pesta Arak Di Ibu Negara Diharamkan
Pasaraya cawangan berkenaan mengambil keputusan tersebut selepas mengambil faktor jualan dan bantahan dari penduduk di kawasan itu.
Menurut sumber, hasil jualan minuman beralkohol di Giant cawangan itu sangat tidak memberangsangkan iaitu tak sampai RM2,000 setahun.
“Sehingga 90 peratus penduduk Bangi ialah Melayu dan jualan arak juga sangat rendah dan tidak menguntungkan,” jelas sumber.
Selain itu, keputusan dibuat oleh pihak Giant itu adalah bagi menghormati bantahan penduduk majoriti yang beragama Islam di situ.
Sehubungan itu, kedai serbaneka dan pasaraya berdekatan juga mengambil tindakan yang sama selepas menerima aduan dari penduduk setempat.
Sama-samalah kita menghormati sensitiviti sesama bangsa supaya dapat hidup dengan tenang dan harmoni dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama. Peace no war!
ARTIKEL BERKAITAN:
Ugut Bakar Stesen Minyak Sebab RM20
Aiskrim Perisa Maggi Kari Kini Di Jerman
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Selamba Dia Letak NUTELLA Banyak Banyak
- SUMBER
- MALAYSIAN GAZETTE