Solat Jumaat adalah penting bagi kaum Adam namun baru-baru ini semua jemaah di sebuah masjid di Pulau Pinang diminta untuk menggantikan solat Zohor dengan segera kerana khatib dikatakan tertinggal rukun khutbah hingga menyebabkan solat itu tak sah pada hari tersebut.

BACA: Rumah Dekat Surau, Lelaki India Boleh Azan & Hafal Surah

Seorang khatib jemputan, Zamri Vinoth Kalimuthu berasa cemas dan gugup ketika menyampaikan khutbah pada pertama kali hingga tertinggal rukun khutbah di Masjid Jamek Kampung Rawa, Georgetown, Pulau Pinang pada 11 Ogos lepas.

Bayangkan, jika tiada notis dikeluarkan mungkin ramai yang tidak menyangka solat mereka tidak sah dan tidak tahu mengenai perkara ini.

“Disebabkan gugup dan cemas, saya tertinggal beberapa perkara ketika membaca khutbah tersebut,” jelas presiden Skuad Mubaligh Malaysia itu.

Malah, Zamri juga berjanji akan belajar dari kesilapannya dan tidak akan mengulanginya lagi.

Menurut Mufti Pulau Pinang, Zamri dikatakan tidak duduk antara khutbah pertama dan kedua seterusnya menjadikan solat Zohor tidak sah.

“Justeru, khutbah itu menjadi tidak sah menurut qaul muktamad dalam mazhab Syafii” jelas Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.

Sehubungan itu, notis yang dikeluarkan bagi meminta jemaah yang hadir menggantikan solat Zohor tular di laman sosial.

Semoga para pembaca khutbah akan lebih berhati-hati ketika menyampaikan khutbah dan kita juga sebagai manusia biasa tidak lari dari melakukan kesilapan.

ARTIKEL BERKAITAN:
Luar Rock Habis, Ilmu Agama Tip Top
Makan Meggi Dalam Gayung Masjid Buat Ramai Sebak
Ini Penyokong Indonesia Dapat Bila Menyamar Jadi Penyokong Malaysia

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Tergeliat Lidah Nak Sebut