Kanak-kanak memang sentiasa aktif dan ceria sehingga mendatangkan kecederaan terhadap mereka. Seorang kanak-kanak lelaki di Argentina tertelan wisel parti sehingga suaranya bertukar menjadi hon apabila bernafas semasa doktor menjalankan pemeriksaan terhadapnya.

BACA: Pukul, Carut Mak Sebab Tak Dapat Duit

Budak lelaki berusia lapan tahun itu dikejarkan ke hospital di wilayah Argentina utara-barat Tucuman untuk mendapatkan rawatan segera.

Doktor Gomez Zuviria berkata, dia terpaksa membuat pembedahan untuk mengeluarkan hon yang ditelan oleh budak lelaki tersebut.

Sumber dari mirror.co.uk

Malah, Gomez memuatnaik video yang dirakam olehnya itu ke media sosial agar ibu bapa lebih prihatin mengenai permainan itu berbahaya kepada anak-anak mereka terutama yang masih kecil.

Selain itu, wisel itu berjaya dikeluarkan selepas pembedahan di bahagian tekak dilakukan oleh Gomez dan kanak-kanak itu dikatakan akan pulih seperti biasa selepas ini.

Kadang-kadang perkara kecil seperti ini membuatkan kita tak sangka akan mendatangkan bahaya kepada anak-anak. Jadi, sentiasa berwaspada dengan anak anda ketika mereka sedang leka bermain.

ARTIKEL BERKAITAN:
Kondom Perisa Nasi Lemak Dilancar Hujung Tahun Ini
10 Kerja Dengan Gaji Lumayan Di Malaysia Tahun 2017
Merajuk Punya Pasal…

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Selamba Kedai Nasi Kukus Ayam Cincang Ni Bukak 24 Jam