Sebak kami melihatkan si ibu apabila meminta belas kasihan daripada anaknya sendiri. Video pendek yang tersebar di laman sosial itu baru-baru ini ternyata menimbulkan rasa tidak puas hati dengan tindakan seorang pelajar lelaki yang bertindak kurang ajar dengan ibu sendiri.

BACA: Tersedu Ibu Menangis Bila Terima Hadiah Dari Anak

Lebih teruk lagi, remaja itu turut bertindak mengangkat kerusi dan mengancam seperti ingin memukul ibunya itu. Selain itu, menerusi kata-kata yang dilemparkan sepanjang rakaman video tersebut, jelas sekali remaja berkenaan berang kerana tidak diberikan wang secukupnya.

Melalui Harian Metro, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, bapa remaja berkenaan telah membuat laporan polis demi memikirkan tentang keselamatan diri dan keluarga termasuk anak lelakinya selepas video terbabit viral.

“Pengadu berusia 39 tahun memberikan video terbabit kepada guru sekolah anaknya dengan niat agar guru berkenaan menasihati anak pengadu itu”

“Kemudian pengadu menerima banyak panggilan daripada saudara mara bertanyakan mengenai video terbabit selepas ia tular di Facebook dan dikecam banyak pihak,” katanya ketika dihubungi.

Bagaimanapun, bapa dan juga ibu kepada remaja berkenaan enggan tindakan diambil terhadap anak mereka atau mana-mana pihak. Sementara itu, menurut laporan Free Malaysia Today, remaja berkenaan bebas daripada pengaruh dadah.

Ibu remaja itu tidak mengalami sebarang kecederaan atau kesan pukulan kerana dipukul dengan tangan sahaja.

Anda nilai sendiri video yang anda lihat ini. Luluh jantung bila terdengar libasan tangan terkena tubuh ibu remaja berkenaan. Mak dan ayah tidak mahu panjangkan perkara ini pun sudah cukup baik.

Semoga remaja berkenaan sempat berubah ke arah yang lebih baik sebelum hanya mampu menangis seribu penyesalan jika wanita yang bertarung nyawa melahirkannya itu sudah tiada di dunia. Sampai basah tanah kubur menangis sekali pun, tiada guna.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: Tergeliat Lidah Nak Sebut 😭