Hong Kong merupakan sebuah wilayah metropolitan global dan pusat kewangan, juga sebagai kapitalis ekonomi yang sangat maju. Reputasi sebagai harimau ekonomi Asia melambangkan taraf hidup masyarakat Hong Kong yang sangat moden dan dinamik. Hong Kong juga merupakan salah satu tempat yang berpenduduk padat di dunia. Tapi dengan kadar kematian 40,000 setahun macam mana orang Hong Kong uruskan mayat?

Hong Kong yang cuma berkeluasan 1054 kilomiter persegi dipenuhi dengan bangunan dan pembangunan yang lain adalah sangat sukar untuk mencari ruang bagi ‘kematian’. Yaa tak ada ruang untuk tanah perkuburan di Hong Kong lagi.

Jadi orang di Hong Kong terpaksa pilih tiga alternatif ni:

Pengebumian

  • Terdapat pertubuhan profesional yang akan menguruskan semua aspek perkhidmatan pengebumian, termasuk kertas kerja dan memohon plot tanah perkuburan.
  •  Jika mayat perlu dihantar pulang, pertubuhan ini juga akan uruskan. Pada masa ini tidak ada undang-undang mengenai kekangan masa untuk pengebumian dan pembakaran mayat – banyak keluarga tradisional melihat tempoh berkabung sehingga 10 hari sebelum perkhidmatan pengebumian.
  • Secara tradisinya, pengebumian adalah penting dan lokasi perkuburan adalah lebih penting. Tapi akibat ruang yang terhad selalunya seseorang mungkin disimpan di tanah perkuburan awam selama tujuh tahun, dan kemudian akan dikebumikan. Ini disebut sebagai perkuburan kedua.

Pembakaran

  • Pembakaran mayat selepas kematian adalah yang paling biasa. Tapi, kaedah ini terhad untuk pembakaran mayat dan boleh ada tempoh menunggu sehingga dua minggu.
  • Selepas melalui proses pembakaran abu akan di semadikan  di kolumbarium awam, yang direka khas sebagai tempat istirahat yang indah dan bermaruah.

Simpan Abu Mayat Di Rumah

  • Sesetengah mereka akan menyimpan abu di rumah atau disemadikan di salah satu daripada Gardens of Remembrance yang di sediakan kan oleh pihak kerajaan.Kedua-dua amalan ini diterima secara sah.

Walaupun telah tersedia beberapa alternatif bagi urusan kematian tapi kos yang terpaksa ditanggung dalam setiap proses sangat tinggi hingga mencecah ratusan ribu ringgit. Kerajaan Hong Kong juga berdepan dengan kadar kematian yang semakin meningkat Pada tahun 2008, 12% penduduk adalah mereka yang berumur lebih 65 tahun,  menjelang 2036 jumlah itu akan meningkat kepada 26% dan kadar kematian bandar telah meningkat dua kali ganda sejak tahun 1970. Industri pengkebumian di Hong Kong juga terpaksa berdepan dengan permintaan yang tinggi.