Professor Bongkar Rahsia Air Kelapa Yang Sebenar
Tidak dapat dinafikan, bulan Ramadan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan dan juga antara bulan yang dinantikan oleh umat Islam. Tapi jujurnya ramai juga yang mengambil mudah mengenai penjagaan tubuh badan dalam waktu sebulan berpuasa ini.
Apa yang dimaksudkan di sini ialah kita mungkin mengambil mudah pengambilan minuman yang mencukupi yang ternyata sekali banyak membantu kita untuk terus kekal segar selama lebih kurang 12 jam berpuasa.
Dengan bantuan seorang Nutrastrategist (Ahli Strategis Nutraseutikal), iaitu Profesor Dr Azhar Mat Easa – dari Pusat Pengajian Teknologi Industri, Universiti Sains Malaysia (USM), akhirnya banyak lagi khasiat dan kandungan air kelapa yang boleh menyempurnakan lagi pengalaman sahur dan iftar anda.
Menurut Azhar, kita biasanya terarah untuk memilih minuman manis, jus buah-buahan atau pun kopi untuk berbuka. Bukanlah tidak bagus namun kesan kepada tubuh badan kita hanyalah sementara berbeza dengan kandungan air kelapa sendiri.
“Air kelapa boleh dikategorikan sebagai minuman ‘berfungsi semulajadi’. Minuman jenis ini bukan sahaja dapat membekalkan zat biasa untuk nutrisi badan, ia juga boleh mempercepatkan proses rehidrasi untuk meningkatkan kecergasan badan”
“Air kelapa mengandungi elektrolit penting seperti natrium, kalsium, kalium, dan magnesium dan merupakan pilihan yang sempurna untuk anda kekal segar, kekal terhidrat, dan kekal bertenaga sempena berpuasa”
“Kita sering mengalih perhatian ke buah-buahan seperti oren, epal dan kranberi. Sudah tiba masanya untuk mengutamakan tabiat penghidratan dengan sumber buah tempatan kita iaitu air kelapa,” jelasnya.
Kami kongsikan beberapa tips yang dikongsikan oleh Professor Azhar berkenaan air kelapa yang sememangnya sangat sesuai untuk diamalkan ketika bersahur dan berbuka puasa:
1. Minum Air kelapa 5-10 Minit Sebelum Akhir Waktu Sahur
Air kelapa mempercepat penghidratan, yakni kemasukan air ke dalam tubuh. Gabungan ini memastikan penyerapan cecair yang maksimum untuk badan kita lalu menggantikan kehilangan air yang dialami akibat berpuasa
Selain memilih untuk mengambil air kelapa segar, sebenarnya anda juga boleh dapatkan Air Kelapa KARTA di antara waktu iftar dan sebelum waktu tidur untuk kekalkan penghidratan. Air Kelapa KARTA telah sedia dipek untuk terus diminum tanpa perlu bersusah-payah mengupas dan memecahkan buah kelapa untuk mendapatkan airnya.
2. Air Kelapa KARTA Jimat Berganda-Ganda
Kandungan dalam pek 1 Liter Air Kelapa KARTA berharga RM 7 – RM 8 adalah lebih kurang sama dengan air kelapa yang diperolehi dari 3.5 biji kelapa muda.
Air Kelapa KARTA diperbuat dari 100% air kelapa, tanpa pemanis, pewarna, atau pengawet. Teknologi pembungkusan yang digunakan ialah Pek Aseptik Tetra Prisma® dapat mengelakkan pencemaran ketika dalam proses pembungkusan dan pemindahan supaya khasiat air kelapa dari kurniaan alam semulajadi dapat dipelihara dengan sebaik-baiknya.
*Selepas pek Air Kelapa KARTA dibuka, ia perlu disimpan di dalam peti sejuk dan dihabiskan dalam masa 24 jam.
3. Kerap Minum Air Kelapa Bantu Stabil Tekanan Darah, Sejukkan Badan
Air kosong selalunya elok diminum dengan suhu yang suam kerana air yang suam lebih elok untuk penghidratan memandangkan sifat regangan permukaannya yang lebih rendah dari air sejuk. Namun air kelapa boleh diminum dengan suhu yang sejuk tanpa menjejaskan kesan penghidratan.
Mereka yang memperoleh sumber air yang baik akan lebih cepat menghidrat semasa berbuka puasa, dan ini meningkatkan kecergasan mereka untuk beribadat di malam hari.
Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang Air Kelapa KARTA, boleh ke website mereka, www.karta.com.my/ramadhan-with-karta atau follow terus Facebook Karta.