Aiskrim memang enak dimakan tak kira masa dan juga di mana saja anda berada. Aiskrim Choco Top McD merupakan salah satu aiskrim yang popular kerana kerangupan dan rasa coklat yang sedap dimakan bila-bila masa yang kita teringin.

Tahukah anda, aiskrim Choco Top ini menjadi mimpi ngeri buat pekerja McD jika mereka tidak mahir membuatnya?

BACA: Ini Penangan Berpantun Dengan Gadis McD

Seorang pengguna laman Twitter, @szabarie, berkongsi pengalaman membeli aiskrim Choco Top dengan seorang pekerja McD yang gigih berusaha membuat aiskrim tersebut hingga berjaya.

Disebabkan sudah lama tidak makan aiskrim, Barie memesan aiskrim Choco Top di kaunter dan pekerja McD itu tiba-tiba kelihatan berdebar dan mencadangkan dia membeli aiskrim lain.

Rupa-rupanya, pekerja itu tidak berapa mahir untuk membuat aiskrim berkenaan namun tetap cuba untuk memenuhi pesanan pelanggannya walaupun terpaksa ulang hingga tiga kali cubaan membuat aiskrim.

Dalam cubaan yang ketiga, pekerja itu berjaya membuat aiskrim Choco Top sambil menjerit, “Bang, saya dah berjaya!!!!” kepadanya.

Ternyata usaha pekerja itu membuahkan hasil dan tidak sia-sia kerana dia tidak cepat mengalah. Mungkin dengan kisah ini membuatkan lagi ramai pekerja McD bersemangat buat aiskrim kegemaran ramai itu memandangkan ia sukar didapati.

Ada juga beranggapan punca mesin aiskrim rosak yang sering diberitahu oleh pekerja McD adalah kerana mereka tidak mahir membuat aiskrim Choco Top kerana ia agak sukar untuk dibuat.

Walau apa pun, tahniah kepada pekerja McD yang berusaha memenuhi permintaan pelanggan dan berjaya menghadapi dugaan membuat aiskrim Choco Top!

ARTIKEL BERKAITAN:
Bila Abang Drive-Thru McD Layan Nyanyi Sekali
Trend Kening McD Jadi Kegilaan

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Nasi Arab Bayar Seikhlas Hati?