Walaupun ia nampak menggelikan serta meloyakan tekak, namun kuih berbentuk najis anjing ini sangat laku di Bangkok, Thailand. Lihat saja pada bentuk dan warna pasti membuatkan anda takut untuk makan tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya di negara itu.

BACA: 2 Resepi Ringkas Kuih Raya Daripada Ikea Untuk Anda

Sumber dari facebook.com

Wilaiwan Mee-Nguen, pengusaha kuih berusia 30 tahun itu berkata, segalanya bermula daripada permintaan seorang pelanggan yang inginkan kuih berbentuk luar biasa dan Wilaiwan terus membuat keputusan untuk buat kuih bentuk najis anjing.

Sumber dari facebook.com

Sebelum ini, dia menghabiskan masa hujung minggu dengan mencari idea untuk buat pencuci mulut sehingga dia menemukan idea ‘pelik’ ini selepas memenuhi permintaan pelanggannya itu.

Sumber dari facebook.com

“Ia pelik, tiada orang lain membuat bentuk najis. Ramai yang menyukainya,” katanya. Dia menggunakan campuran santan, lemak haiwan (gelatin) serta pewarna makanan untuk menghasilkan kuih tersebut.

Sumber dari facebook.com

“Mereka sering melihat bentuk bunga, jadi ini dianggap satu jenaka,” tambahnya lagi. Kuih berbentuk najis anjing ini mula mendapat perhatian sehingga Wilaiwan dapat menjual 1,000 kuih pada harga AS$1 (RM4.29) sebiji dalam tempoh sebulan.

Di sebalik bentuk kuih yang pelik, Wilaiwan berjaya mencuri perhatian orang ramai seterusnya mendapat permintaan tinggi untuk tempahan kuih tersebut.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

DJI Spark Besar Karipap? (Control Guna Tapak Tangan? 👋🏻🔥)