George Town juga disebut sebagai “Tanjung” dan “Town” oleh masyarakat tempatan merupakan bandaraya metropolitan Pulau Pinang, Malaysia yang tertua selepas Melaka serta ibu negeri kepada Pulau Pinang di timur lautnya.

George Town juga disambung dengan feri dan jambatan ke Butterworth berfungsi sebagai pusat perniagaan dan perdagangan tanah air.

Ibu negeri ini juga merupakan bandaraya pertama di Malaysia. Majlis Bandaraya George Town diberi nama Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Sekarang, George Town pun telah menjadi bandaraya lama negara separti Bandaraya Melaka.

Namun di sebalik pembangunan yang pesat di George Town, terdapat segelintir penduduknya yang tidak mampu untuk mengikuti arus pemodenan yang dilihat kian meneggelami mereka dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Adakah faktor ini yang menyebabkan makin ramai meninggalkan George Town?

Sejarah George Town

Sejarah Pulau Pinang berkait rapat dengan sejarah Kedah. Pulau Pinang yang pada asalnya kepunyaan Kesultanan Kedah, diserah hak kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris ( British East India Company) pada 1786 oleh Sultan Muhammad Jiwa, Sultan Kedah, sebagai gantian untuk mendapat perlindungan pihak British daripada serangan Siam dan Burma.

Pada 11 Ogos 1786, KaptenFrancis Light, yang dikenali sebagai pengasas Pulau Pinang, menamakan pulau sebagai Pulau Prince of Wales untuk menghormatkan Raja Muda Britain. Penempatan di Tanjung Penaigre yang terletaknya di hujung timur laut pulau dinamakannya “Georgetown”, iaitu nama Raja George III dari Britain.

Kadar sewa melambung tinggi?

Memetik artikal yang dikeluarkan akhbar Sinar Harian 21 September 2018, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa, Jagdeep Singh Deo berkata kadar sewa yang tinggi di sekitar George Town telah menyebabkan ramai penduduk berpindah keluar dari bandar raya ini.

“Susulan Akta Kawalan Sewa 1966 telah dimansuhkan, kadar sewa di George Town melambung tinggi dan tidak terkawal. Ini telah menyebabkan ramai penghuni keluar dari bandar raya ini.

Ekoran ramai berpindah keluar, Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedang berusaha mencari kaedah sesuai untuk menarik penduduk balik ke George Town.

“Sebelum ini, saya dan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow telah diminta oleh mantan Ketua Menteri Lim Guan Eng untuk mengkaji bagi mewujudkan semula Akta Kawalan Sewa, namun secara prinsip kami dapati bahawa akta itu tidak sesuai untuk tangani masalah ini,” katanya pada sidang media.

Beliau berkata kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Perbadanan Pembangunan dan Pemuliharaan George Town (GTCDC) untuk menjayakan usaha mengembalikan penduduk ke bandar raya ini.

Cadangan membina lebih banyak rumah mampu milik bagi mengembalikan penduduk Pulau Pinang.

Menurut Jagdeep lagi, terdapat banyak kawasan yang tidak digunakan secara optimum di negeri ini dan pihaknya bercadang untuk membina lebih banyak rumah mampu milik di kawasan-kawasan itu bagi merealisasikan hasrat mengembalikan semula penduduk ke George Town.

“Salah satu projek adalah projek ‘East Sea Front’ yang akan dibina di sepanjang persisiran pantai dari Pelabuhan Swettenham sehingga ke Terminal Feri Raja Uda kerana pembangunan projek itu bukan sahaja bakal menghasilkan peluang perniagaan malah rumah mampu milik juga akan dibina di situ,” katanya.

Pembelian hartanah oleh warga asing di Pulau Pinang telah menurun lebih dari 50 peratus sejak 2013 berikutan pelbagai strategi yang diambil oleh kerajaan negeri bagi mengekang pemilikan tanah oleh warga asing di Pulau Pinang.

Program pemutihan untuk pengusaha hotel.

Sementara itu, Jagdeep mengingatkan pengusaha hotel di negeri ini agar segera melengkapkan keperluan dokumen dan mematuhi peraturan yang ditetapkan sebelum tindakan tegas diambil.

“Daripada 267 hotel yang diperiksa, sebanyak 23 hotel telah memperoleh lesen tetap, lima hotel di bawah kategori rumah inap desa, lapan hotel masih tidak memperoleh kelulusan pelan bangunan, satu hotel belum mendapatkan keputusan pelan bangunan, 112 hotel tidak mengemukakan permohonan pelan bangunan dan 70 hotel telah ditutup,” katanya.

Beliau berkata berdasarkan program ‘pemutihan’ hotel yang telah dilaksanakan dari 20 Jun 2015 hingga 31 Dis 2017 di sekitar George Town, terdapat banyak hotel yang masih tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan termasuk tidak memperoleh lesen tetap.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lokasi Rahsia Nasi Kandar Penang Terbongkar 😱😱😱

Sumber: Sinar