Inilah Beras Wangi Paling Sedap Di Dunia
Thailand memang terkenal dengan beras berkualiti dan wangi. Malah, berasnya juga dikenali di seluruh dunia dan disukai oleh banyak negara.
Baru-baru ini beras wangi Hom Mali Thailand telah dinobatkan sebagai beras paling sedap di dunia dalam sebuah pertandingan.
BACA: 5 Perkara Tentang Beras Hybrid China Hasilkan
Untuk pengetahuan anda, beras wangi Hom Mali sebenarnya telah memenangi Pertandingan Beras Terbaik Dunia 2017 di Macau pada Rabu lalu.
Malah, beras wangi jenama itu telah memenangi pertandingan yang sama sebanyak lima kali sejak tahun 2009 dan menewaskan beras dari negara Kemboja dan Vietnam, lapor Agensi Berita Thailand.
Menteri Perdagangan Thailand, Apiradi Tantraporn memberitahu semua kemenangan yang diperolehi beras wangi Hom Mali membuktikan bahawa beras itu sememangnya paling sedap di dunia.
Bagi mengekalkan kualiti beras tersebut, pihak kementerian akan menyalurkan maklumat kepada petani mengenai cara penanaman yang betul dan masa yang sesuai untuk menuai beras.
Tak dapat dinafikan beras wangi Thailand membuka selera kita lebih-lebih lagi jika makan dengan tomyam. Memang beras mereka layak dinobatkan sebagai beras paling sedap di dunia.
ARTIKEL BERKAITAN:
Bakal Mertua Mesti Suka Jika Tahu Cara Anda Simpan Beras Begini, Hanya RM53!
Viral Beras Palsu, Beras Cap Rambutan Sah Tulen
Mufti: Haram Kaut Beras Tumpah Dari Lori Nahas
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Mampukah Kami Habiskan Seekor Kambing?
- SUMBER
- SINAR HARIAN