Dah banyak kali kita dengar kes kren tumbang di negara kita sampaikan kita takut nak jalan kaki berhampiran kawasan pembinaan.

Tapi apa boleh buat, kadang-kadang kawasan pembinaan terlalu dekat dengan bangunan yang dipenuhi orang ramai contohnya pejabat, pusat membeli belah dan banyak lagi.

BACA: Detik Cemas Kren Terbalik

Sumber dari thestar.com.my

Kes terbaru berlaku di Kampung Baru apabila sebuah kren pembinaan tumbang dari ketinggian yang sangat tinggi di sebuah tapak pembinaan.

Kami dikhabarkan bangunan tersebut adalah bangunan apartment 44 tingkat.

Sumber dari thestar.com.my

Berikutan itu, tiga orang cedera dan dikejarkan ke hospital dan menurut maklumat anggota Angkatan Pertahanan Awam, tiga mangsa tersebut merupakan seorang buruh binaan manakala dua lagi orang awam.

Salah seorang orang awam yang cedera itu adalah wanita dalam lingkungan 30-an patah bahu manakala seorang lagi merupakan seorang warga emas mengalami luka akibat serpihan cermin kereta pecah.

Sumber dari thestar.com.my

Dalam kenyataan Pemaju pembinaan UDA Holdings Bhd, pihak mereka akan memberhentikan kerja-kerja pembinaan sehingga siasatan lanjut selesai.

Semoga mangsa-mangsa kejadian ini pulih segera dan pihak pembinaan lebih peka dan serius dalam aspek keselamatan pekerja dan orang awam.

ARTIKEL BERKAITAN:
Bukit Bendera Tutup Sebulan
Malaysia Bakal Berdepan Gelombang Kedua Banjir Ribut

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sedut Telur Di Kelantan