Apakah makanan paling mahal yang pernah anda cuba? Kalau di Malaysia mungkin ada yang akan menyebut buah-buahan seperti durian Musang King atau makanan laut seperti lobster dan sebagainya.

Tapi, tahukah anda apakah makanan paling mahal di dunia ketika ini. Di katakan setiap hirisan bernilai ribuan ringgit.

BACA: 5 Jenis Buah Termahal Di Dunia

Truffle sejenis kulat yang bernilai emas

Ini adalah truffle, sejenis kulat yang  tumbuh di bawah tanah. Ya!.. Truffle adalah sejenis kulat, ia adalah tumbuhan mutual dengan kata lain ia tumbuh saling memerlukan antara satu sama lain. Tiada beza dengan kulat biasa.

Namun apa yang membuatkan truffle begitu mahal bak mengunyah ketulan emas? Ini kerana truffle adalah tumbuhan yang unik, Ia tumbuh secara liar dan semulajadi serta tidak boleh ditanam dan dikawal.

Truffle merupakan salah satu daripada beberapa spesis kulat yang tumbuh sepenuhnya di bawah tanah. Ia melingkar sendiri dan ke dalam akar-akar pokok seperti pokok oak, poplar, bic dan banyak lagi.

 

Ia mempunyai bau dan rasa  sangat kuat serta unik, membuatkan ramai mengemarinya dalam menu makanan mereka.

Untuk itu, banyak restoran-restoran terkenal  turut menggunakan truffle dalam sajian  untuk  menambahkan rasa unik dalam makanan mereka.

Akibat terlalu sukar diperoleh dan ditanam, apa yang boleh dibuat hanyalah dengan membiakkan spora kulat secara semula jadi. Dan ini salah satu sebab truffel begitu mahal.

Jika anda mahu menanam truffle juga, biasanya anda harus mencari pokok yang cukup kecil yang tumbuh di kawasan yang sudah mempunyai kulat tersebut.

Pokok itu kemudiannya harus dikorek dan dipindahkan ke kawasan baru  yang mempunyai tanah sesuai.

Kulat yang tinggal dalam akar-akar pokok tersebut akan berpindah ke kawasan baru dan dalam tempoh 10 hingga 20 tahun anda mungkin mempunyai kawasan yang mempunyai truffle.

Dalam pada itu, peladang memerlukan bantuan anjing untuk menuai truffle.

Anjing mempunyai deria menghidu yang sensitif jika dibandingkan dengan manusia. Anjing dapat mengesan bau truffle dari jarak jauh lalu menggalinya di bawah tanah. Sisa-sisa spora truffle yang tertinggal akan terus membiak.

Truffle putih Itali antara yang paling bernilai tinggi

Dengan hanya beberapa hirisan truffle hitam dari Perancis yang dikenali sebagai black diamond boleh mencecah ribuan ringgit manakala truffle putih dari Itali pula boleh mencapai harga tiga kali ganda daripada black diamond.

Truffle putih bernilai tinggi atau trifola d’Alba Madonna (“Truffle of the Madonna Putih” dalam bahasa Itali) ditemui terutamanya di kawasan Langhe dan Montferrat rantau Piedmont di utara Itali dan, paling terkenal, di kawasan desa sekitar bandar-bandar Alba dan Asti.

Bagi truffle hitam Perancis pula, suatu ketika dahulu merupakan makanan biasa diantara tahun 1800-an dan 1900-an sehinggakan semua rakyat Perancis mampu untuk makan.

Namun disebabkan Perang Dunia Kedua, kawasan luar bandar Perancis rosak teruk menyebabkan banyak hutan truffle musnah.

Ia juga  menyebabkan semakin sukar menjumpai truffle untuk beberapa abad dan harganya melonjak naik seterusnya menjadi makanan khusus  untuk orang kaya.

Jadi, adakah anda cukup bertuah untuk merasai hirisan truffle? Mungkin cendawan goreng tepung lebih enak dan sangat murah untuk dijadikan menu makan malam anda.

ARTIKEL BERKAITAN
Yarsagumba: Viagra Himalaya Termahal Di Dunia
Ini Kisah Bagaimana Pizza Margherita Tercipta

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sambal Ikan Bakar Kat Sini Memang Meriah! 😱😱

Sumber: SinarHarian