Zaman sekarang semuanya hanya dihujung jari sahaja. Kalau nak resepi boleh cari di internet sahaja. Kalau ikutkan ada saja resepi baru yang dikongsikan dan ada saja yang nak dieksperimenkan.

Baru-baru ini, resepi yang dikongsikan di laman Facebook ini menjadi perhatian netizen apabila kari kepala ikan dicampur dengan air Milo, Nescafe dan Teh Tarik. Menerusi perkongsian tersebut, resepi kari kepala ikan itu tidak menggunakan minyak, garam dan santan.

BACA: Asam Pedas Rambutan Jadi Perhatian, Masuk Akal Ke Tidak?

Bagaimanapun, perkongsian itu menimbulkan reaksi kurang senang dikalangan netizen yang mengatakan resepi tersebut pelik dan tidak boleh terima dek akal. Ada juga netizen yang kembang tekak dengan resepi tersebut.

Ini resepi cari penyakit, resepi masuk kubur

Resepi kari kepala ikan merah itu dikreditkan kepada Roziana Ahmad dikatakan resepi dari suaminya. Mungkin ada yang ingin mencuba, boleh ikuti resepi yang dikongsikan dibawah.

Kari kepala ikan merah

Bahan-bahan:

1/2 cawan air milo
1/2 cawan air tehtarik
1/2 cawan air nescafe
Kepala ikan merah
1 sudu besar Serbuk secukup rasa
1 sudu besar Pes asamjawa
Tomato, bendi, terung bulat
Bawang merah
6 sudu besar
2 sudu besar Serbuk cili
Daun kari
1/2 sudu besar Lada hitam

Cara membuatnya:

 

1. Panaskan kuali
2. Masuk 3 jenis air biar sekejap. Masuk bawang, bancuh serbuk kari dan masukkan. Biarkan kejap sampai rempah masak.
3. Masukkan air masak 2 cawan, masukkan terung, baru msk ikan dan semua bahan

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Western Yang Tak Kedekut Bahan 😉