Isi Jari Kena Potong Akibat Mainan
Sejak kebelakangan ini banyak kes alat mainan membahayakan kanak-kanak hingga mencederakan mereka malah ada yang membawa maut. Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi kisah sedih yang menimpa ke atas anaknya akibat alat mainan yang dibeli membuatkan kuku dan isi jari tangan anaknya dipotong.
BACA: Kenapa Cikgu Beli Semua Pistol Mainan?
Wanita tersebut dikenali sebagai Chell Shukapooh berkongsi kisahnya di laman sosial Facebook agar ibu bapa di luar sana mengawasi anak mereka ketika bermain dan ketika membeli barang mainan untuk mereka.
Menurutnya, walaupun mainan tersebut kelihatan selamat, namun ia sebenarnya amat berbahaya kepada kanak-kanak.
Jari anaknya cedera apabila bermain mainan berbentuk monyet dan dia cuba membuat demo menggunakan lidi untuk menunjukkan bagaimana jari anaknya boleh cedera.
Lidi yang keras itu boleh patah akibat mainan itu apatah lagi jika jari kanak-kanak seperti anaknya dimasukkan ke dalam lubang kecil di bahagian badan monyet itu.
“Hati-hati buat anak-anak kecil di luar sana. Takut bila berebut mainan macam ini akan jadi benda yang sama,” pesannya.
“Kulit anak ini lembut memang senang sangat hancur sebab benda-benda yang kita anggap tak bahaya untuk mereka,” jelasnya.
Kini, dia terpaksa berulang alik ke hospital untuk mencuci luka anaknya yang berusia satu tahun empat bulan itu. Kesian sangat, kecil-kecil lagi dah tanggung kesakitan yang amat serius.
Diharap ibu bapa lebih mengawasi anak-anak semasa bermain agar perkara sebegini dapat dielakkan.
ARTIKEL BERKAITAN:
Suara Bertukar Bila Tertelan Wisel Mainan
Patung Teddy Bear Ikut Naik Pelamin
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pedas Level Mati | Bandung Part 01
- SUMBER
- FB CHELL SHUKAPOOH