Kucing sememangnya seekor haiwan yang sangat manja dengan manusia. Ramai di antara kita membela haiwan comel itu di rumah dan tak kurang juga suka memberi makanan kepada mereka jika di kedai makan.

Tetapi, seorang warga laman sosial tidak berpuas hati apabila melihat seekor kucing duduk di dalam bakul sayur di pasar yang dikunjunginya.

BACA: Alahai Comelnya Polis Peronda Ni

Seorang pengunjung Pasar Awam Bayan Baru, Pulau Pinang meluahkan perasaan tidak puas hati melihat kucing berkenaan kerana dia takut jika najis kucing itu terkena pada sayur-sayuran yang dijual oleh penjual tersebut.

Kelihatan seekor kucing berwarna hitam sedang menjilat bulu badannya di dalam bakul berisi tomato dan penjual sayur berkenaan tidak mempedulikan pergerakan kucing itu.

“Pada mulanya saya ingat peniaga tersebut tidak sedar akan kucing tersebut,tetapi setelah diberitahu dia langsung tidak mempedulikannya, malah buat tak tahu dan dia bagi tahu supaya saya tidak pergi ke kedainya lagi,” kata pengunjung pasar itu.

Menurutnya, tindakan penjual itu seolah-olah tidak kisah mengenai penjagaan kesihatan dan kebersihan di situ dan mempersoalkan apa yang akan berlaku jika kucing tersebut membuang najis di atas sayur-sayuran tersebut.

Walau bagaimanapun, respon diterima oleh warga laman sosial adalah sebaliknya. Rata-rata menyokong tindakan penjual itu kerana ada di antara mereka selalu membeli sayur di sana.

Malah, ada yang menyuruh si pengadu agar basuh sayur sebelum masak dan sepatutnya lebih takut dengan racun perosak yang digunakan ke atas sayur-sayuran.

Mungkin penjual itu sangat menyayangi kucingnya dan kita harus mendengar penjelasan daripada kedua-dua belah pihak. Fikir yang baik-baik sahaja dan jika was-was kita boleh membeli di kedai lain.

ARTIKEL BERKAITAN:
Demi Kuih Raya, Fluffy ‘Beraya’ Di Kampung
Aksi Cemas Bomba Selamatkan Kucing
500 Kucing Nyaris Jadi Santapan Manusia

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Cuba Teka, Berapa Harga Makanan Kat Hotel Ni?