Tragedi kematian lapan orang remaja berbasikal lajak pada 2017 ternyata tidak memberikan kesan apabila masih banyak lagi kumpulan basikal lajak dapat dilihat membawa secara berbahaya di jalan raya.

Susulan itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang mencari pendekatan baru bagi menangani masalah tersebut.

BACA: JPJ Cari Penyelesaian Tangani Masalah Basikal Lajak

Terbaru, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata ibu bapa kepada anak yang terlibat dengan kegiatan basikal lajak sehingga mengundang bahaya boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Pihak polis boleh mengambil tindakan terhadap ibu bapa berkenaan mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001.

Ibu bapa atau penjaga yang membiarkan anak-anak tanpa pengawasan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Menurutnya lagi, setakat ini tindakan penguatkuasaan hanya dilaksanakan melalui rampasan dan sitaan basikal serta pengeluaran saman kepada penunggang basikal lajak.

Berdasarkan undang-undang Kaedah 35(2) dan Kaedah 35(3) LN165/59, setiap basikal ditunggang perlu dipasang lampu di hadapan dan belakang bagi menunjukkan cahaya putih serta merah boleh dilihat dalam jarak munasabah.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥