Selalunya setiap kali beli sayur mungkin hanya boleh bertahan selama 2 hingga 3 hari saja, kemudian sayur-sayur tersebut akan layu. Kalau dah beli banyak-banyak tak akan nak habiskan semua pada hari yang sama.

Pasti ramai diantara suri rumah atua mak-mak tertanya-tanya bagaimana caranya untuk pastikan sayur yang disimpan tahan lebih lama? Dikongsikan oleh Maryam Salleh, lepas ini sayur di rumah akan kekal segar dan pasti tidak akan layu walaupun lebih seminggu.

BACA:Kucing Duduk Dalam Bakul Sayur Cetus Kemarahan

Cara-caranya:

1. Basahkan tisu dan jadikan pelapik di dalam bekas. Sediakan bekas yang berpenutup untuk simpan sayur.

2. Jangan basuh sayur yang nak di simpan. Just potong sahaja dan masukkan ke dalam bekas. Masa nak masak baru basuh.

3. Setiap bekas tu ngam ngam untuk sekali atau dua kali masakan.

4. Kemudian tutup bekas dan simpan di dalam peti ais. Selepas seminggu pun kalian akan dapati sayur tersebut masih kekal segar seperti baru di beli.

Bekas plastik, borong je banyak-banyak

Plastik ni murah jer, beli terus banyak-banyak. Boleh simpan banyak barang dan ada macam-macam saiz.. Suka hati kalianlah nak beli yang bulat atau letak, kecik atau besar. Yang ini saya beli 50 pcs, RM19.50.

Mungkin cara setiap orang tak sama, tapi kalau kalian nak cuba cara saya buat ni silakan, dan tolong SHARE dengan rakan-rakan yang lain ilmu ini. Semoga ramai dapat manfaat.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥