Jangan Tabur Fries Atas Tray, Lelaki Ini Dedahkan Sebabnya
Pasti ramai diantara anda yang suka tabur fries atau kentang goreng dalam dulang terlebih dahulu sebelum makan. Rasa lagi seronok bila tengok fries banyak-banyak atas dulang lebih-lebih lagi kalau makan ramai-ramai.
Namun, baru-baru ini, seorang netizen @sisalkinky yang juga seorang bekas pekerja di sebuah restoran makanan segera menggesa orang ramai agar tidak menabur kentang goreng di atas dulang.
BACA: Menu Kentang Goreng Bersalut Boba Viral Di Filipina
Menurut netizen tersebut kebanyakan dulang-dulang yang digunakan tidak dicuci setiap kali pelanggan selesai makan dan hanya dilap menggunakan kain serta solusi pembasmi kuman.
Perkongsian oleh netizen itu turut mendapat perhatian ramai bekas pekerja di restoran makanan segera yang menyokong kenyatannya itu.
Dalam pada itu, ada yang bertanyakan bagaimana pula jika dulang tersebut dilapikkan dengan kertas adakah ianya juga tidak selamat untuk digunakan.
Seorang netizen menjawab, adakalanya kertas diletakkan selepas dulang di lap dengan kain basah dan kertas itu akan terkena dulang yang belum kering.
Malah ada netizen mengatakan, tabur fries di atas kertas juga tidak elok kerana makanan akan terdedah dengan bahan kimia hasil daripada percetakan di atas kertas berkenaan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Di Shah Alam Ini Sentiasa Penuh, Apa Rahsianya! 😱
- SUMBER
- Says.com