Umum mengetahui mulai 5 November lalu, tiada lagi perkhidmatan tambah nilai di lorong keluar tol seluruh negara. PLUS berkata langkah tersebut dilakukan bagi mengurangkan kesesakan serta memastikan keselamatan pekerja tol.

Perkara itu sedikit sebanyak memberi masalah kepada pengguna yang tidak menyemak baki Touch n Go terlebih dahulu dan akhirnya ‘tersangkut’ di plaza tol.

BACA: Tiada Lagi Tambah Nilai Di Semua Lorong Mulai 5 November

Baru-baru ini tular mengenai perkongsian seorang netizen yang menasihati pengguna jalan raya bahawa jangan keluar dari kereta untuk ke pondok tambah nilai Touch n Go.

Menurutnya, pengguna jalan raya yang menghadapi situasi itu hanya perlu menekan butang interkom sehingga staf tiba dan itulah kepentingan butang tersebut.

Menurutnya lagi, pegawai PLUS berpesan agar tidak membahayakan nyawa dengan melintas dari lorong ke lorong kerana bertentangan dengan SOP PLUS.

Perkongsian lelaki itu mendapat perhatian ramai netizen namun ada yang berkongsikan pengalaman mereka bahawa fungsi butang interkom itu tak boleh pakai.

Kata netizen, meskipun sudah menekan butang intercom, tiada pekerja plaza tol yang datang dan mereka terpaksa keluar kereta pergi ke pondok tol yang ada jurutol.

Malah ada yang mengatakan ada sesetengah plaza tol tidak memaparkan baki sekaligus menyusahkan pengguna jalan raya. Dalam pada itu, ada yang mendakwa ianya bukan salah Touch n Go sepenuhnya kerana ada beberapa plaza tol terutamanya Keses boleh menolak terus daripada e-wallet.

Kata netizen lagi, masalah berpunca daripada PLUS sendiri kerana di Kesas masih ada lorong tambah nilai dan boleh membayar terus melalui ‘Pay Direct’ atau e-wallet.

Dalam pada itu ada yang meluahkan rasa berang dengan isu yang ditimbulkan oleh pengguna yang mengalami baki TnG kurang.

Katanya lagi, boleh saja singgah di mana-mana stesen minyak untuk tambah nilai terlebih dahulu daripada mengharapkan orang lain melakukan semua benda.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sambal Ikan Bakar Kat Sini Memang Meriah! 😱😱