Baru saja dilantik sebagai Perdana Menteri ke-7 pada Khamis lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan Perdana Menteri tertua didunia.

Walaupun sudah berusia 93 tahun, siapa sangka beliau mempunyai kudrat yang kuat untuk memimpin negara dan masih mampu menunggang kuda dan mengayuh basikal.

BACA: Tun M Dah Ada IG, Baru 2 Jam Ada 10k Pengikut

Pasti ramai yang tertanya apa rahsia beliau untuk kekal cergas dan sihat. Menurut Tun M, ramai yang bertanyakan bagaimana beliau boleh hidup sampai sekarang. Rahsianya makan secara sederhana dan amalkan gaya hidup sihat.

“Jangan terlebih makan, jangan makan terlalu banyak. Saya tidak merokok dan saya tidak minum minuman keras,” katanya.

Beliau masih lagi mempraktikkan pesanan ibunya dengan memastikan untuk berhenti makan sebelum kenyang, jika tidak perut mudah jadi besar.

“Ibu saya kata, ketika tengah seronok makan, berhenti. Bila kita biasa dengan tabiat itu, ianya lebih mudah. Sebab itu, seluar yang saya beli 40 tahun dahulu masih lagi muat.”

Apa yang pasti, rakyat Malaysia sentiasa Tun Dr Mahathir diberikan kesihatan yang baik agar dapat memimpin Malaysia ke arah negara maju, bersatu dan makmur.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Ini Lokasi Makan Tengahari RM3 Di Bangsar