Siapa yang selalu bercuti di Perancis terutama Paris, pasti anda tak lepaskan peluang untuk membeli macaron Ladure untuk dibawa balik ke Malaysia.

Kini, macaron jenama popular itu telah membuka cawangan pertama di Malaysia secara rasmi bermula hari Jumaat minggu lepas di Pavilion, Kuala Lumpur.

BACA:7 Makanan Panggung Wayang Dari Negara Berbeza

Sebelum ini, ia sepatutnya dibuka pada awal tahun tetapi atas sebab-sebab tertentu, Laduree dibuka lewat sedikit iaitu pada 24 November lalu.

Untuk pengetahuan anda, Laduree telah wujud sejak 155 tahun dulu dan diasaskan oleh Louis-Ernest Laduree pada tahun 1862.

Kemudian, Pierre Desfontaines yang juga merupakan cucunya mendapat idea untuk menggabungkan dua macaron dan diletakkan krim di bahagian tengah antara kedua-dua macaron tersebut.

Selain itu, Laduree mempunyai lebih dari 20 cawangan di Asia termasuk Singapore, Bangkok, Manila, dan Hong Kong.

Kini anda tidak perlu ke luar negara untuk merasai keenakan macaron Laduree ini. Ia dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam dan boleh melayari Fb Laduree Malaysia untuk maklumat lanjut.

ARTIKEL BERKAITAN:
Makanan ‘Peha Wanita’ Jadi Kegilaan Di Jepun
5 Perkara Menarik Tentang Nasi Dagang Pak Malau

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

6 Tempat Makan Yang Kami Singgah Di Kedah