Jepun memang terkenal dengan teknologi yang canggih serta makanan yang sedap seperti sushi, ramen dan sebagainya. Malah, baru-baru ini Jepun telah memperkenalkan inovasi terbaru mereka iaitu serbuk mandian berperisa makanan.

BACA: Bantal Bentuk Makanan Boleh Bikin Lapar

Sumber dari cari.com.my

Serbuk mandian merupakan bahan tambahan digunakan ketika berendam di dalam tub mandian. Biasanya serbuk mandian didatangkan dengan bau-bauan segar seperti bunga dan buah-buahan untuk mendapatkan kesegaran lebih ketika mandi.

Village Vanguard, sebuah syarikat serbuk mandian di Jepun, mencipta kelainan dengan mengeluarkan serbuk mandian berperisa makanan. Mereka telah mengeluarkan pelbagai jenis serbuk mandian makanan pada tahun lepas seperti ramen, nasi berperisa kari, sup miso, jjigae, dan yakisoba.

Sumber dari freemalaysiatoday.com

Selain itu, serbuk mandian perisa makanan ini dijual hanya pada harga 324 yuen atau RM 12 sepaket. Tidak hairan serbuk mandian ini menjadi pilihan orang ramai kerana harganya berpatutan serta wangi seperti bau makanan.

Malah, baru-baru ini syarikat tersebut mengeluarkan perisa terbaru iaitu gyoza, edamame, yakiniku, bir, piza dan ketumbar.

Aroma serbuk mandian ini pasti akan membuatkan anda ingin makan lebih-lebih lagi ketika bulan puasa namun jangan pula anda meminumnya kerana ia dibuat hanya untuk mandian sahaja.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Ini Lokasi Makan Tengahari RM3 Di Bangsar