Nampaknya iklan raya dari Tenaga Nasional Berhad (TNB) mencuit hati ramai orang. Iklan raya yang bertajuk ‘Dugaan Raya Aida’ mendapat share dan views tinggi di laman sosial Facebook.

BACA: 7 Juadah Wajib Ada Di Pagi Raya

Iklan raya ini berkisar kehidupan Aida di bandar yang menghadapi pelbagai rintangan sebelum dapat pulang beraya di kampung, lapor Malaysian Digest.

Sumber dari youtube.com

Aida merupakan anak sulung dan mempunyai tanggunggjawab yang besar terhadap keluarganya dan perlu menjaga hati ibu bapanya. Walaupun dia sibuk bekerja di saat hari raya semakin hampir, namun dia berjaya menyiapkan tugas sambil membuat kerja sambilan iaitu menjual kuih raya kepada rakan sekerjanya.

Sumber dari youtube.com

Di sebalik kegigihannya menyiapkan kerja sebelum balik beraya, Aida berasa kecewa kerana dia terlupa membawa tiket bas yang telah ‘selamat’ dicuci dalam mesin basuh.

Sumber dari youtube.com

Walaupun begitu, aida akhirnya berjaya pulang ke kampung berjumpa ibu serta adik-adiknya. Namun, malang menimpa Aida lagi sekali apabila dia tertinggal beg yang mempunyai baju raya untuk adiknya.

Aida berasa sedih kerana tidak dapat memberi baju raya yang dibeli untuk adik-adiknya. Ibunya memujuk Aida jangan bersedih kerana apa yang penting Aida dapat beraya bersama mereka sekeluarga.

Quek Shio Chuan, pengarah iklan tersebut dari Reservoir Production bekerjasama dengan Leo Burnett, Arc Worldwide serta Alpha 245 bagi menjayakan iklan tersebut hingga menjadi ‘buah mulut’ orang ramai kerana telatah lucu Aida.

“Ia proses yang sukar kerana jumlah pengambaraan yang banyak untuk satu tempoh singkat dan saya gembira kerana kami berjaya melakukannya,” tulis Quek di Facebook.

Datuk Wira Roslan Ab Rahman, Ketua Korporat TNB berkata, iklan raya itu mengetengahkan harapan keluarga terhadap anak mereka yang berada jauh di perantauan supaya balik ke kampung halaman serta cabaran dilalui oleh mereka.

“Tahun lalu, kami fokus kepada kemaafan. Tahun ini TNB fokus kepada cabaran untuk berhari raya (bersama keluarga),” tambah Datuk Wira.

Iklan raya seperti ini dapat juga menghiburkan hati kita selain iklan raya sedih yang selalu kita lihat sebelum ini. Idea iklan raya sebegini nampaknya boleh diterima oleh masyarakat.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Biskut Horlicks Padu Beb!