Walaupun ia kelihatan agak menggelikan, namun jangan terkejut jika anda pergi beraya nanti terjumpa biskut ulat bulu ini di beberapa buah rumah. Ini kerana biskut ulat bulu telah menjadi biskut raya paling popular pada tahun ini.

BACA: 7 Juadah Wajib Ada Di Pagi Raya

Sumber dari mahamahu.com

Mahu membuat kuih raya ulat bulu tapi tidak tahu macam mana? Kami kongsikan dengan anda resepi membuat biskut ulat bulu yang sedang hangat diperkatakan ini.

Bahan-bahan

– 3 1/2 cawan tepung jagung
– 1/2 cawan tepung kastard
– 1 cawan susu pekat manis
– 1 cawan buttercup
– 1 penutup esen vanila
– Pewarna hijau epal secukupnya
– Chocolate cip kecil secukupnya

*setiap sukatan guna cawan yang sama besar.

Cara-cara

Sumber dari mahamahu.com

1. Gaulkan tepung jagung, tepung kastard dan mentega sehingga sebati. Sebaiknya gaul menggunakan tangan sebab boleh rasa tekstur doh.
2. Masukkan susu pekat dan esen vanila. Gaul sebati lagi.
3. Campurkan pewarna hijau dengan secukupnya. Janji dapat warna yang diidamkan.
4. Uli dan jadikan bentuk ulat beluncas. Untuk dapatkan garis-garis tu, gelek atas acuan kuih siput atau gunakan garfu.
5. Untuk membentuk mata, letakkan coklat cip dihujung doh.
6. Bakar biskut menggunakan api bawah pada suhu 120-130C. Masak sehingga bahagian bawah biskut kelihatan agak coklat.
7. Angkat dan sejukkan. Simpan di dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba!

*Jika doh menjadi keras, tambah buttercup sikit demi sikit. Kalau doh menjadi lembik sangat, tambahkan tepung jagung.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Resepi Popia Horlicks Yang Dapat Ribuan Share!