Ini sememangnya berita baik untuk anda yang merancang untuk dapatkan kenderaan dengan harga murah dan berpatutan.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka akan mengadakan lelongan kenderaan pada 15 Ogos ini. Sebanyak 87 kenderaan yang disita akan dilelong kepada umum.

BACA: Peniaga Kelantan Lelong Durian Penuh Plastik Hanya RM10

Antara kenderaan terbabit, salah satunya adalah sebuah Mini Cooper keluaran 2005 sebagai kenderaan yang tidak boleh daftar (scrap) pada harga bidaan bermula RM4,500.

Difahamkan, semua kenderaan yang akan dilelong itu disita sejak 2014, sama ada ketika operasi JPJ, pemilik menyerah diri atau ditahan ketika di jalan raya.

Bagaimanapun daripada 87 kenderaan yang akan dilelong termasuk 79 kenderaan klon, enam dikategorikan sebagai tidak boleh daftar termasuk Mini Cooper.

Antara kenderaan lain dalam senarai untuk lelongan adalah BMW, Subaru Impreza, Honda Stream, Honda Jazz, Honda Accord dan Toyota Wish.

Harga rizab paling rendah bagi kenderaan yang boleh daftar adalah Proton Saga keluaran 1998 pada harga RM450, manakala paling tinggi adalah Honda Accord keluaran 2005 berharga RM19,500.

Bagi kenderaan tidak boleh daftar pula, harga rizab paling rendah adalah RM300 untuk PERODUA Kancil dan tertinggi RM12,000 bagi Honda Odyssey.

Acara lelongan akan bermula jam 9.30 pagi, manakala tarikh akhir jualan dokumen lelong adalah sehingga jam 4 petang, 13 Ogos.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Nasi Kukus Kambing Bakar Setapak Yang Power 🔥