Boleh dikatakan trend penggunaan Rokok Elektronik Bernikotin kini semakin menjadi-jadi, lebih parah ianya melibatkan pelajar sekolah. Apa yang mengjutkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia mendedahkan 300,000 pelajar sekolah terlibat dalam penggunaan vape.

Susulan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia bakal menguatkuasakan peraturan baru bagi larangan merokok kepada semua remaja di bawah usia 18 tahun.

BACA: Vape, Shisha Bernikotin Termasuk Dalam Peraturan Larangan Merokok

Menurut, Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad, peraturan baharu itu terkandung dalam akta baharu yang digubal KKM dan KPDNHEP yang kini sedang disemak Jabatan Peguam Negara.

Dalam kenyataan tersebut, mana-mana pihak didapati menjual sebarang persediaan yang mengandungi nikotin termasuk cecair rokok elektronik bernikotin boleh didenda tidak lebih RM3K atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, sesiapa yang mengedar atau membekalkan sebarang persediaan yg mengandungi nikotin tanpa kelulusan boleh didenda tidak lebih RM25,000 atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

ARTIKEL BERKAITAN:
Ini Punca Buah Oren Baik Untuk Badan
Manggis Buah Kegemaran Ratu Victoria England?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sambal Ikan Bakar Kat Sini Memang Meriah! 😱😱