Seperti kebiasaan saban tahu, setiap kali selepas pembentangan bajet Belanjawan, pasti beberapa pakar akan dijemput untuk mengulas mengenai perkara tersebut.

Bagaimanapun, tular satu video klip temu bual membincangkan tentang pekerjaan penghantar makanan atau rider yang kini menjadi pilihan dan antara yang popular di kalangan anak muda.

BACA: Viral Wanita Dukung Anak Bawa GrabFood, Suami Dedah Kisah Sebenar

Apa yang mengundang kemarahan netizen adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pensyarah jemputan yang melabel pekerjaan rider atau penghantar makanan sebagai tidak bermaruah.

Dalam masa sama, pensyarah itu turut mempersoalkan mengapa ramai graduan berkelulusan tinggi melakukan pekerjaan sedemikian seolah itu sahaja pilihan yang mereka ada.

Ujarnya lagi, perlu disediakan satu platform untuk membolehkan mereka bekerja setara dengan tahap pendidikan mereka.

Seperti sudah dijangka, pensyarah tersebut dikecam teruk oleh netizen di media sosial. Kata seorang netizen, tidak semua orang bernasib baik meskipun berpelajaran tinggi.

Seriuslah… boleh ye letak kerja kami ni x bermaruah? Ramai yg telah pergi kerana melaksanakan kerja2 x bermaruah ni…

Posted by Iman Runner on Sabtu, 12 Oktober 2019

Ujarnya lagi, tiada sesiapa berhak untuk menghina pekerjaan orang lain kerana mereka tidak tahu apa yang dilalui oleh mereka.

Malah, netizen turut meminta pensyarah tersebut cuba untuk turun padang menyelami atau mendengar apa yang dilalui oleh pekerja ‘rider’ atau penghantar makanan sebelum berkata sedemikian.

Tular di twitter, video rancangan temu bual apabila seorg pensyarah senior salah sebuah sebuah ipt tempatan melontar…

Posted by Qayyum Irwanzi on Sabtu, 12 Oktober 2019

Apa pun diharap pensyarah tersebut lebih berhati-hati setiap kali mengeluarkan sebarang kenyataan. Bak kata peribahasa, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Meletop Perut Makan Burger Tsunami & Western Talam?