Bukan mudah untuk menjual makanan dengan harga yang murah di zaman yang serba mahal ini, namun sebuah restoran di Seri Alam  masih mampu menjual sepinggan nasi ayam berharga RM1.

Menurut Norhidayat Jamal, pengurus Cemara Urban Restaurant, ideanya itu adalah bagi membantu individu berpendapatan rendah termasuk pelajar.

BACA: Dah Kenapa Harga Nasi Ayam Ini RM1.30?

Ujarnya lagi, biarpun harga yang dijual murah namun mereka ada “formula tersendiri” bagi memastikan jualan “masih menguntungkan”.

“Dulu kami pernah mengadakan promosi seperti ini dan kami terpanggil untuk berkongsi rezeki kepada golongan kurang berkemampuan pada harga tak masuk akal ini.

“Saya ada formula tersendiri bagi memastikan harga nasi ayam masih menguntungkan,” katanya kepada Harian Metro.

Terhad kepada 500 orang, dengan RM1, pelanggan akan dapat nasi bersama ayam dan sup dengan operasi bermula 11 pagi hingga 1 pagi. Katanya lagi, hidangan nasi ayam RM1 itu hanya untuk pelanggan yang makan di restoran saja manakala harga bagi nasi ayam dibungkus RM6.

“Jarang orang bungkus kerana harganya lebih berbaloi jika makan di sini. Makan dua pinggan bersamaan dengan satu hidangan biasa bagi sepinggan nasi ayam dan jarang pelanggan tambah pinggan ketiga kerana dua pinggan sudah mengenyangkan,” katanya.

Walaupun dijual dengan harga murah, dia sedikitpun tidak pernah mengurangkan rasa nasi ayam atau bahan-bahan terkandung di dalamnya.

ARTIKEL BERKAITAN:
Nasi Lemak 80 Sen Masih Wujud
Makan Bajet Serendah RM3

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Penuh Udang Satu Pinggan?