Umum mengetahui, Telekom Malaysia (TM) merupakan syarikat telekomunikasi di Malaysia yang memainkan peranan sejak ianya mula diperkenalkan. Bermula dengan servis panggilan telefon sehinggalah jalur lebar internet terpantas.

Menurut laporan daripada Bank Dunia, dominasi oleh syarikat Telekom Malaysia dan kekurangan pesaing dalam pasaran talian tetap jalur lebar kelajuan tinggi di Malaysia membawa kepada peningkatan harga jalur lebar.

BACA: TM Umum Harga Unifi 30Mbps Hanya RM79 Sahaja

Penguasaan Telekom Malaysia Bhd (TM) yang mengawal 92 peratus langganan jalur lebar tetap di Malaysia secara tidak langsung mendesak pengguna untuk membayar harga tinggi untuk mendapatkan servis daripada mereka.

Selain itu, TM selaku pemilik tunggal juga turut mengenakan cas jauh lebih tinggi berbanding harga yang di kawal selia untuk perkhidmatan jalur lebar lain di Asia Tenggara.

Dasar kebangsaan dan pengaturan peringkat negeri yang berbeza untuk penempatan rangkaian sekaligus telah menghalang kemunculan pesaing baharu.

Laporan itu turut memberitahu, sudah menjadi lumrah untuk syarikat perintis menggunakan kuasa pasarannya menghalang akses kepada syarikat tempatan lain.

Terdahulu, kerajaan sudahpun berbincang bersama beberapa syarikat jalur lebar serta telco untuk menawarkan harga berpatutan.

Pakej Unifi Basic 30Mbps diperkenalkan dengan harga bulanan serendah RM79 dan Unifi Turbo yang ditawarkan kepada pelanggan Unifi sedia ada bakal ditingkatkan kelajuan menjadikan antara yang terlaju di Asia Tenggara.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Berbaloi Ke • EP1: Burger RM4.50 Vs Burger RM138