Penemuan keranda purba yang diperbuat daripada kayu granit hitam oleh pengkaji di Egypt, menimbulkan ketakutan ramai pihak kerana ia dikatakan berkait rapat dengan sumapahan yang menakutkan.

Ramai mencadangkan agar keranda tersebut tidak disentuh atau pun dipindahkan kerana bimbang sesuatu yang buruk bakal berlaku.

BACA: Makan Abu Mayat Kerana Terlalu Rindukan Ibu

Namun pasukan yang menemui artifak purba itu tidak menghiraukan amaran tersebut dan bertindak membuka keranda berusia 2,000 tahun itu. Apa yang dijumpai ialah tiga tengkorak yang terendam dalam cecair berwarna merah perang dengan bau yang begitu busuk.

Selepas gambar penemuan itu tular, seorang penerbit pemainan video, Innes McKendrick dari Guilford, Surrey melancarkan petisyen untuk merasai cecair dalam keranda itu.

Menerusi petisyen itu, dia memberitahu mahu minum jus tersebut bagi membuktikan jika ianya benar-benar mempunyai kuasa ajaib atau tidak.

Lebih mengejutkan dia tidak bersendirian apabila petisyen itu mendapat sokongan daripada 87 individu lain.

Menurut Innes lagi, cecair dalam keranda itu tidak sepatutnya dibazirkan dan dia percaya dengan meminum jus tersebut dia berpeluang untuk masuk ke satu dunia gelap.

Pelik betul dengan orang zaman sekarang. Dalam banyak-banyak minuman, jus mayat tu juga deorang nak cuba. Tengok pun dah rasa loya, apatah lagi nak minum.

ARTIKEL BERKAITAN:
Makanan ‘Peha Wanita’ Jadi Kegilaan Di Jepun
Lagi Besar Payudara, Lagi Banyak Dapat Diskaun

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Makan Asam Pedas Salmon Tepi Sungai Melaka?