Setiap kali terjadinya kemalangan jalan raya, pasti ada diantara anda tertanya-tanya sama ada pemandu tersebut lelaki atau pun wanita. Kajian yang dilakukan oleh Kumpulan Penyelidikan Ergonomik (ERGO-UM) Jabatan Kejuruteraan Mekanik, Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) ini mendedahkan jantina manakah yang melakukan kesalahan ketika memandu.

Hasil kajian mendapati, wanita berumur 50 tahun ke atas lebih banyak melakukan kesalahan ketika memandu berbanding lelaki berusia sama.

BACA: Wanita Profesional Malaysia Gemar Luang Masa Di Laman Sosial

Laporan itu juga turut mendedahkan hampir 80 peratus daripada jumlah pemandu wanita tidak memberi isyarat ketika berhenti di persimpangan jalan.

Lelaki lebih banyak kesalahan di lebuh raya

Hasil kajian juga mendapati wanita tidak memberi isyarat ketika menukar lorong di lebuh raya. Manakala 53 peratus lelaki pula didapati melakukan lebih banyak kesalahan di lebuh raya dan juga tidak memberi isyarat ketika menukar lorong.

Kajian ini dilakukan secara rawak terhadap 182 pemandu yang majoritinya mempunyai pengalaman memandu lebih 21 tahun.

Kesalahan pemanduan dalam eksperimen ini juga dinilai berdasarkan Kurikulum Pendidikan Pemandu ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Ini Lubuk Orang Pantai Timur Pekena Air Asam Perut