Ini bukan rekaan semata-mata tetapi fakta mengejutkan di mana kajian daripada hear.com, mendapati dua juta rakyat Malaysia mengalami masalah pendengaran.

Lebih mengejutkan, masalah tersebut tidak terhad kepada golongan warga emas sahaja tetapi daripada pelbagai peringkat usia termasuk golongan muda.

BACA: Kajian: Puasa Tingkatkan Daya Ingatan, Kurangkan Penyakit Lupa

Rata-rata rakyat Malaysia percaya masalah kehilangan pendengaran akan hanya berlaku kepada warga tua yang berusia 65 tahun ke atas sahaja.

Namun kajian mendedahkan usia 35 hingga 45 yang menghidap masalah pendengaran berpunca daripada aktiviti harian mereka. Masalah tersebut sekaligus menjejaskan produktiviti orang ramai di tempat kerja dan hubungan dengan orang sekeliling.

Menurut Pengarah Urusan hear.com, Alexander Evertz orang ramai perlu mengubah persepsi bahawa warga tua sahaja yang terdedah kepada masalah pendengaran.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati orang ramai untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi mencegah masalah pendengaran.

Antara punca yang menyumbang kepada masalah pendengaran selain daripada faktor persekitaran kerja termasuklah penuaan, jangkitan kuman, trauma dan kesan sampingan daripada pengambilan ubat-ubatan tertentu.

ARTIKEL BERKAITAN:
Jangan Harap Polis Nak Bayar Kalau Kena Langgar
Tahun 2018 Harga Rokok Cecah RM50?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Inikah Tempat Paling Selesa Di Tengah KL?