Kes kecurian kenderaan bukanlah perkara baru di Malaysia. Tapi pasti ramai tertanya-tanya berapa banyakkah kes kenderaan yang dicuri dalam setahun.

Menurut statistik oleh Majlis Pengurangan Kecurian Kenderaan Malaysia Berhad (VTREC), satu kenderaan hilang dalam setiap 40 minit di negara ini.

BACA: Proton Wira Kekal Kereta Paling Banyak Di Curi

Kajian tersebut adalah berdasarkan tuntutan insurans yang diterima dan mendapati sebanyak 13,340 unit kenderaan dicuri sepanjang tahun lepas dan daripada jumlah itu, 60 peratus melibatkan motosikal.

Dalam tempoh empat tahun dari 2014 hingga 2018, statistik Polis Diraja Malaysia dan Persatuan Insurans Am Malaysia menunjukkan persamaan dari segi penurunan kadar kecurian kenderaan iaitu dalam 50 peratus.

Meskipun ianya menunjukkan penuruna, pengawasan terhadap trend kecurian ini perlu sentiasa dipantau secara berterusan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Meletop Perut Makan Burger Tsunami & Western Talam?