Satu kajian mendedahkan, wanita yang kurus, tinggi dan gembira lebih panjang umur serta mampu hidup sehingga 90 tahun berbanding lelaki.

Menurut pakar sains Belanda, jika wanita bersenam sejam setiap hari, mereka akan hidup lebih lama. Kata penyelidik utama Lloyd Brandts dari jabatan epidemiologi di Pusat Perubatan Universiti Maaastricht, Belanda, kadar jangka hayat semakin meningkat di beberapa negara maju.

BACA: Kajian: Duduk Terlalu Lama Risiko Mati Cepat

Kajian mendapati kedua-dua saiz badan dan aktiviti fizikal adalah saling berkait dengan jangka hayat seseorang, tetapi ia berbeza antara lelaki dan wanita.

Namun diingatkan bahawa kajian pemerhatian seperti ini tidak dapat membuktikan saiz badan dan aktiviti fizikal membuatkan seseorang itu hidup lebih lama.

Wanita dengan ketinggian 5 kaki 9 inchi mempunyai kecenderungan sehingga 31% untuk mencapai umur 90 tahun berbanding wanita tinggi 5 kaki 5 inchi.

Manakala, lelaki aktif yang melakukan senaman lebih daripada 90 minit sehari, cenderung mencapai umur 90 tahun berbanding lelaki aktif secara fizikal tetapi kurang dari 30 minit sehari.

Lebih mengejutkan, wanita yang mempunyai berat badan berlebihan cenderung menghidap sakit mental kerana tertekan sehingga menyukarkan mereka mencapai usia 90 tahun.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Western Yang Tak Kedekut Bahan 😉